Friday, August 10, 2018

Balm Essential Oil-based untuk Bayi

Ramai ibu bapa yang tercari-cari balm berasaskan essential oil untuk si manja tersayang. Kalau boleh kita nak ada pakej lengkap balm untuk anak-anak kita kan? Supaya senang bila nak guna, terus capai sapu. Haa, begitulah.


Dengan adanya balm bayi Tasneem Naturel  yang didatangkan dengan lima (5) jenis balm, InsyaAllah tak sukar dah nak dapatkan balm bayi berasaskan essential oil.

Ni dia 5 jenis balm bayi dan sesuai juga untuk kanak-kanak dan dewasa:

  • Calm Time
  • Sleep Time
  • CF-Rub
  • T-Rub
  • Skeenz 

Calm Time
Calm Time berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil anda. 
Di adun khas menggunakan minyak pati tulen seperti Lavender, Bergamot, Frankinsense dan Marjoram, balm ini membantu anak kecil anda menjadi lebih tenang dan ceria.

Cara Guna
Ibu bapa hanya perlu sapu balm Calm Time ini di tapak kaki, nadi belakang telinga dan tulang belakang.




Sleep Time
Prihatin terhadap masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah anak sukar tidur dan aktif pada waktu malam, Tasneem Naturel telah merumus khas balm Sleep Time yang berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dengan mood yang ceria.

Pati-pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang-ylang akan membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti.

Cara Guna
Ibu bapa hanya perlu sapu balm Sleep Time ini di tapak kaki, nadi belakang telinga, tulang belakang dan pergelangan tangan. Boleh juga disapu di ubun-ubun.




CF-Rub
CF-Rub dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selsema. Bahan-bahan seperti eucalpytus oil, cypress, tea tree dan lemon akan membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu anak-anak. 

Cara Guna
Cara guna yang sangat mudah, iaitu ibu bapa hanya perlu sapu balm ini di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.




T-Rub
Balm T-Rub cukup digemari oleh ibu-ibu kerana balm ini selamat dan boleh menggantikan minyak telon. Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi kerana balm ini boleh melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan. Selain itu, T-Rub turut membantu masalah penghadaman dengan adanya Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise sebagai bahan utama dalam pembuatan  balm ini.

Cara Guna
Ibu bapa boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut. Untuk sapuan di bahagian perut, ibu bapa disarankan supaya membuat urutan 'I Love You' bagi memastikan si manja anda lebih selesa. 




Skeenz 
Dirumus untuk membantu meredakan masalah kulit yang sering dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak seperti alahan, ruam lampin, digigit serangga dan gatal-gatal.

Cara Guna:


Sapu pada bahagian kulit yang bermasalah.

No comments: