Tuesday, August 28, 2018

Bisnes Perfume secara Online... Susah atau Senang?

Bila nak beli perfume, BIASANYA kita nak test dulu bau dia, kan? Nak la hidu sendiri bau tu serasi dengan kita ke tak. Kekadang tu, agak susah nak explain kat orang, macam mana la bau ni sebenarnya. Walaupun dah bagi info notes bau macam mana, sillage dia macam mana, tapi sebolehnya kita sendiri pun nak jugak bau dulu perfume tu macam mana.

Haaa, maka kat sinilah timbul kerisauan pada kita untuk menjual perfume secara ONLINE. 

Eh... macam mana  ni, customer tak pernah lagi hidu bau sekian-sekian perfume ni, sesuai ke tidak dengan dia. Haa, macam ni la Kak Ayu dulu. Kan bercerita melalui pengalaman sendiri kan. 
Dengan laptop ni la Allah bagi laluan rezeki untuk bisnes Dexandra. Syukur Alhamdulillah. Kak Ayu fokus guna blog sebagai medium pemasaran utama.

Susah atau senang bisnes perfume cara online?

Jawapannya adalah subjektif! 

Sebab semua bergantung pada diri kita. Kerana kita yang mencorakkan bisnes kita macam mana. Kalau kita rasa susah, maka susahlah jadiknya. Jika kata senang, maka senanglah jadiknya. Semuanya bermula dengan niat dan mindset. Kedua-dua perkara ni yang akan tentukan hala tuju dan tindakan yang akan kita buat. 

Nak susah ke nak senang?

Nak buat duit ke taknak?

Kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak? Takder benda yang tak boleh dijual melalui internet! Jual ketupat palas pun dah guna internet. Haaa, maka takkanlah nak jual perfume pun tak boleh kannnn. Berlambak info kita boleh dapat dari HQ, Stokis dan Agent. Nak tambah ilmu lagi, macam-macam website yang dok share pasal perfume.

Yang penting, nak jual apa sekali pun, kita kena ada ilmu tentang produk. Berhenti menuntut ilmu bermakna kita sabotaj diri dan bisnes kita. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Orang lain tak boleh nak selamanya suap kita. Kita yang kena usaha suap sendiri. Nak lagi hebat, carik makan sendiri, suap sendiri, kunyah dan hadam sendiri. Barulah dapat hasilnya.


Packaging baru Dexandra, dengan nama-nama baru


Packaging lama.
Jangan kedekut nak beli produk untuk guna dan snap gambar. Kuarkan modal sikit yer, jangan lah berkira sangat, dah namanya nak bisnes kan!


Kak Ayu mula jual Dexandra dengan modal RM120 jer, jadi Dropship. Masa tu, kalau nak ikutkan, ape sangatlah jenama perfume Kak Ayu biasa guna. Yelah, perfume ori kan mahal. Jadi, bila dah join bisnes, kenalah mula buat apa yang perlu. 

Bahan untuk marketing kena sentiasa ada dan update. Simpan elok-elok. Buat album. Bila nak guna senang, just petik jer ambik. Bukannya setiap kali nak guna, dok mintak ngan agent atau stokis. Waaa nak nanges tau dapat dropship macam ni hahahha. Sekali dua okey la.. tapi kalu manjang dok mintak, nak kata apa tu hihihi.

Jadi, secara kesimpulannya ialah, tak susah pun nak jual perfume secara online SEKIRANYA kita tau teknik dan tak berhenti buat. Rasanya online lagi senang, takyah jumpa orang (statement orang introvert sangat ni hahha)

So, saper nak berbisnes perfume secara online? Boleh contact Kak Ayu okey! 

1 comment:

Shafyqah Azahar said...

sha pernah terfikir jugak tak susah ke jual perfume online hehehehe ok dah dapat jawapan. dah lama teringin nak guna dexandra tapi selalu takjadi beli huhu