Thursday, August 16, 2018

Deko-deko SOHO

Lama tak bercerita pasal dekorasi kan? Sebabnya dok share kat IG dan facebook jer hehe. Bila update blog, dok  bercerita pasal bisnes ajer. Hehe, maklumlah blog ni kan tempat meraih rezeki. Tapi, InsyaAllah sentiasa ingat, niche utama blog ni ialah dekorasi. Walaupun dekorasi sendu dan murah-murah ajer, tapi dah minat, kan. Buat jer la. Lagi pun, semua sebagai kenangan sendiri nanti. 

Sejak 3 minggu lepas kot. Kak Ayu dah ubah sikit dekorasi kat SOHO. Takder apa sangat pun, cuma tambah 2 wall shelf dan rak macam tangga untuk letak kipas atau printer. Maklum ler, laptop i cepat panas, kena ada kipas tambahan letak tepi. PC ada, tapi malas nak guna, sebab rasa semak jer ada cpu atas meja. Lagi pun, belum ada keperluan sangat nak guna PC dan gambar-gambar semua dalam laptop, senang nak buat kerja kat laptop ajer.



Alah macam gini jer pun. Dah kata bajet ciput jer kan. Dan yang penting, nak tema minimalis. Mudah nak urus. Best jer rasa bila dok dalam SOHO ni buat kerja. 

Lagi-lagi sejak Kak Ayu mula buat job servis upah buat blog dan ghostwriter, rasanya Kak Ayu perlukan ruang kerja yang lebih selesa dan kemas. Walaupun bukan setiap hari dapat duduk buat kerja dalam ni, tapi setiap masa yang dapat buat kerja kat sini, memang Kak Ayu akan gunakan sebaiknya. Inilah masa yang tenang dan 'me time' jugak. Buat kerja sambil dengar lagu, Ya Allah, bestnya rasa haha. Beginilah WAHM, kenalah pepandai carik masa untuk buat kerja sambil layan diri sendiri. 

Apa pun, nanti ada masa Kak Ayu share gambar lagi. InsyaAllah. Ini pun naik sekejap nak siapkan job buat blog. Sikit lagi nak touch-up, then dah boleh hand-over pada client. Lepas ni boleh buat next job pulak. Alhamdulillah. Best buat apa yang Kak Ayu memang suka dan berkongsi manfaat dengan orang lain yang perlukan servis sebegini.

Untuk korang yang nak servis upah buat blog, boleh hubungi Kak Ayu yer. Till then, jumpa lagi!

2 comments:

aisyah elsa said...

saya pun suka konsep minimalis. cantik, kemas

Kak Wawa said...

comeynyaa soho dia..")