Thursday, August 23, 2018

Perkhidmatan Buat Design Blog Murah!

Hi semua.

Ada ke antara korang yang nak berblog? Tapi masih belum ada blog, baru nak belajar buat blog? Tak kiralah untuk blog personal atau bisnes blog.

Kak Ayu mempunyai pengalaman dalam blogging, menulis untuk blog sendiri dan juga sebagai Ghostwriter (freelance).


Selain itu, Kak Ayu jugak ada pengalaman dan sedikit kemahiran dalam blogging dan buat design blog. Design blog yang Kak Ayu buat adalah yang ringkas sahaja. Template blog yang digunakan adalah daripada Blogger Template, dan ada juga yang Kak Ayu beli secara Online (bergantung kepada permintaan dan bajet daripada customer).


Kak Ayu tidak menjanjikan design blog yang wowww, tapi Kak Ayu boleh bantu korang untuk bermula sebagai blogger. Berdasarkan pengalaman Kak Ayu buat design sendiri menggunakan blogger template yang ringkas dan mudah di-edit sendiri, ia adalah langkah awal yang terbaik untuk berblog. Nak edit dan touch-up pun senang.

Sebab blog ni macam rumah maya kita la, kalau asik design deko sama, nanti boring. Bila dah boring, mula la blog tu bersawang. Takkan la tiap-tiap kali nak touch-up blog nak upah designer buatkan kan? Lainlah banyak duit, hehhee. Sila-sila la upah manjang. Hehe.

TEASER... AyuRashidDesign Blog

Jika kita gunakan template yang susah untuk di-edit, dengan kata lain kita perlukan pengetahuan, kepakaran dan kesabaran untuk "tilik" html code untuk edit design atau buat perubahan pada blog, ia adalah sangat mengambil masa, effort dan kita kena upah orang semula untuk re-do.

Untuk itu, guna jer design yang ringkas dan mudah untuk kita edit dan design sendiri pulak. InsyaAllah, Kak Ayu boleh guide sikit-sikit. After sales servis InsyaAllah i bagi, bukan tinggal terkontang-kanting. Tapi jangan la tanya banyak sangat, nanti i caj pulak haha.

No fussy customer please, sebab kadar caj yang Kak Ayu kenakan adalah sangat berbaloi dan minima.

RM100 sahaja
- Design blog
- Header
- Gadjet-gadjet penting
- 3 FREE entries (testing)


Design blog sahaja tanpa header: RM70 sahaja

Hubungi Kak Ayu untuk maklumat lanjut.
Ayu Rashid
019 - 989 8341

No comments: