Thursday, August 2, 2018

Servis Upah Menulis (Ghostwriter)

Sejak zaman sekolah lagi, subjek Bahasa Melayu (Penulisan) memang subjek kegemaran Kak Ayu. Suka sangat buat ayat dan karangan. Inilah satu-satunya subjek yang membantu menambah bilangan "A" masa sekolah.

Alhamdulillah, dengan anugerah yang Allah bagi, dengan latihan dan hobi yang tak pernah padam, Kak Ayu diberikan rezeki oleh Allah untuk jana pendapatan dari rumah. Sebelum ni memang gunakan blog untuk berbisnes, yang juga merangkap blog peribadi. Dan, dari situ juga, Kak Ayu menulis di Facebook. Memang best dan sesuai dengan jiwa.


Kak Ayu ada juga beli ebook, pergi kelas dan belajar secara tak langsung dengan individu yang selalu membuat penulisan yang best. Jadi, sikit demi sedikit, Kak Ayu jadikan penulisan sebagai cabang untuk jana pendapatan dan membantu orang lain yang perlukan servis penulisan dari Ghostwriter.


Sebelum ni, Kak Ayu pernah jadi Ghostwriter untuk 2 buah blog, iaitu bengkel lori dan Elken, dengan dibayar upah secara gaji bulanan. 

Dengan pengalaman-pengalaman yang Kak Ayu ada, kini, Kak Ayu buka peluang kepada korang yang perlukan servis Ghostwriter. Nak ringkaskan kat sini, korang boleh dapatkan maklumat lanjut dengan hubungi Kak Ayu 019 - 989 8341


Nanti Kak Ayu share lagi info yer. 

No comments: