Thursday, September 27, 2018

September 27, 2018

Monstera yang Cantik

Sehari sebelum balik kampung masa nak raya haji lepas, kitorang pegi nurseri. Beli la beberapa pokok indoor. 

4 jenis pokok belinya. 
2 nurseri berlainan pada hari sama hehe. 


Sebelum balik kampung tu, sempatlah susun kat rak macam ni. 


 
Dah balik dari kampung, re-pot semula, bersekali dengan pokok yang ambik dari umah mak mertua.
Ada yang nizam tanamkan, iaitu pokok monstera. 


Dedua nurseri tu takder yang besar. Ni jer yang paling elok. RM15 saja.
Ada 8 helai jer daunnya hahha. Boleh laa, sesuai dengan saiz dan harganya kan.

Masa beli ni ada 8 helai daun. Tak lama tu, sehelai layu, potong buang. Then, patah pulak sehelai anak kucing buat main. Adoii, dah tinggal 7 helai jer.




Subur lagi masa ni, dah mula keluar selai pucuk baru.






Bila nak dapat cahaya pagi, susun jer la kat sini.




Dalam minggu ni, daun dah mula kuning selai lagi. wawa. Mula-mula buang separuh, pastu terus potong buang!


Harini, ini jer daun yang tinggal. 5 helai uols! Nak gelak ke nak nangis? 
Sakan pucuk muda tu berjuntai ke kiri, eksen taknak kawan dengan yang lain, menjauhkan diri tu!



Tapi, daun gebu. Alhamdulillah!
Dah nampak 1 pucuk baru nak keluar. Hari-hari dok belek pokok oiii. Bangga bagitau kat husband, berjaya jaga pokok lebih dari sebulan, nanti boleh tambah pokok lagi!

Tambah pokok lagi? InsyaAllah, kali ni nak beli pokok besar sikit. Rasa nak gi nurseri area Bangi pulak. InsyaAllah weekend ni orang tu janji nak bawak, sebab lepas ni dia bizi ngan training bowling (kalau terpilih jadi wakil selangor) untuk tnb. Jadi, kenalah beli jiwa bini dulu, baru dia boleh gi sana-sini dengan senang hati heh heh.

Wednesday, September 26, 2018

September 26, 2018

Dekorasi Pokok Indoor di Ruang Kerja

Sesuatu yang sentiasa buat Kak Ayu rasa teruja nak masuk SOHO buat kerja, especially update blog ialah disebabkan adanya pokok-pokok hidup kat dalam SOHO ni!

Korang yang suka pokok jer tau feel tu macam mana hehe. Seronok tak terkira bila toleh kiri ada pokok, toleh kanan ada pokok, toleh atas kat dinding pun ada pokok. Atas meja pun ada pokok. Haa, sib baik atas katil pun tak letak pokok haha!




Kak Ayu suka alih-alih dan tukar-tukar pokok. Sib baik pokok jenis kecik-kecik ajer. Kalau jenis besar, matiklahnak sakit pinggang ai nanti tau. Eh, tapi ada plan nak beli pokok besar sepokok dua, nak kasik ruang ni lebih outstanding gitew.




Okey, ini setakat yang hari Sabtu petang yer, by this time entry ni publish, konfem dah berubah-ubah lagi!

Apa pun, semoga pokok-pokok ni berzikir dan menghadiahkan doa buat kami sekeluarga. Sayang semua ni tau! Nanti boleh tambah koleksi lagi :)


Tuesday, September 25, 2018

September 25, 2018

Anak senang buang air besar

Mak mana yang tak seronok kalau anak berjaya membuang. Tambah pula kalau anak tu susah nak kentut. Membuang air besar tu dah buat Mak gembira sangat kan?

Alhamdulillah.
Balm ni cepat serasi dengan anak mereka. Proses membuang sepatutnya sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Dengan bantuan T-Rub ni dapat membantu mak-mak supaya mudah menguruskan anak setiap hari.





Jika anak-anak korang ada masalah buang air besar, sangatlah disarankan cuba T-Rub balm Tasneem Naturel ni. 

Harga cuma RM49/sebotol (tidak termasuk pos, pos tambah RM8 sahaja). Jika beli 2 balm dan ke atas, ada diskaun. Lagi jimat!

Hubungi Kak Ayu yer: 019 - 989 8341

Monday, September 24, 2018

September 24, 2018

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2018


Anak sulung Kak Ayu pun periksa UPSR jugak bermula harini. 

Taknak bagi sebarang tekanan, sebab maknya dulu pun takder la dapat straight A dalam UPSR hehehe. Selalu pesan kat Dania. Mama taknak paksa Dania dapat semua A, kalau dapat syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat takper, perjalanan masih panjang jika diizinkan panjang umur oleh Allah Taala.

Cuma mama harapkan, Dania jaga solat 5 waktu. Sebab bila jaga solat, InsyaAllah, yang lain-lain akan beressss. 

Simple jer apa Kak Ayu harapkan dari anak-anak. Sebab Kak Ayu dulu pun bukan jenis rajin sangat belajar hehe. Tapi ni bukan bermakna tak galakkan anak belajar dan berusaha, of course la sebagai mak, nak anak kita dapat yang terrrrbaikkk. Tapi, jika terlalu menekan, kesian budak tu. 

Apa pun, semoga Dania dan semua anak-anak yang hadapi peperiksaan UPSR akan dipermudahkan oleh Allah. Diberikan kesihatan yang baik, jiwa yang tenang, fikiran yang sangat lapang, kemudahan untuk menjawab dengan baik dan tepat, dan yang paling penting, semoga Allah membantu mereka semua.

Sesungguhnya, tiada daya upaya kita dan mereka melainkan dengan izin dan pertolongan Allah Taala. 

Good luck semua!

Friday, September 21, 2018

September 21, 2018

Cahaya Matahari untuk Indoor Plant

Kat rumah ni, cahaya pagi mengadap ke dapur dan 2 bilik tidur kat tingkat atas. Antara punca pokok Kak Ayu selalu mati rasanya terlebih siram dan tak kena cahaya matahari yang cukup atau terlebih kena cahaya. Terbako terus daun indoor plant kalau kena cahaya petang lelama kalau letak kat beranda. 


Jadi, bila masih lagi mood rajin jaga pokok, dan sebagai bukti kesungguhan jugak kat husband, yang lain kali boleh tambah beli pokok lagi hahhaa. Maka, bila nampak jer ada cahaya pagi mulai masuk kat dapur, maka gigih tau angkut letak kat area laundry ni haha.



Bunga lily tu tak kembang sangat, sebab dalam minggu ni hujan ajer. Dan mungkin jugak dia terkejut kena bawak balik sini semula haha. Sebab pokok lily ni seketul jer ubinya Kak Ayu selamatkan, lain semua buang masa sesi membuang pokok bunga kat luar pagar sana. Bawak balik letak kat umah mak mertua, bila dah besar dan nak berbunga bawak balik sini semua. 

Semoga semua pokok dapat hidup subur dan bertahan lama yer. Barulah senang hati orang tu nak bawak Kak Ayu gi beli pokok lagi hehe. Bila ntah nak balik keratong lagi, nak pergi lagi sekali kat nurseri dekat Segamat tu, best situ banyak pilihan. Hari tu kalut tak sempat nak membelek puas-puas. Main ambik jer sebab nak cepat punya pasal. 


Thursday, September 20, 2018

September 20, 2018

Dekorasi SOHO dan Suasana Kerja digemari

Bila buat kerja, Kak Ayu memang spesis tak boleh meja banyak barang. Letak apa yang perlu dan guna sahaja. Sejenis tak boleh fokus dalam suasana bersepah.

Zaman kerja dulu pun sama. Meja kena sentiasa kemas. Hanya letak fail, dokumen, buku nota dan stationary yang digunakan ajer. Lepas siap kerja mesti terus kemas. Yang untungnya, ada bilik sendiri. Heaven.

Atas meja takder letak frame-frame atau hiasan kecik-kecik. Yang wajib letak ialah sepasu pokok money plant (letak dalam air). Kak Ayu memang dari zaman muda-muda dulu lagi dah obses dengan pokok money plant. Yang dah lama kenal Kak Ayu memang tau sangat.

Masa kerja dulu tu, pokok money plant takyah beli. Ambik jer kat lobi Unisel tu hehehe. Suka sangat berlagak dengan boss ada pokok lilit-lilit atas meja. Boss kata eksen la tu. Pastu bila pokok dah mati, boss cakap "haaa padan muka eksen sangat". Hahaha.

Kekadang ada jugak rasa rindu kat kenangan lama. Dah 8 tahun kerja sendiri dari rumah, namun perangai masih sama: tak suka suasana meja kerja bersepah dan masih setia dengan pokok money plant. Datang la trend pokok apa sekalipun, money plant tetap menjuarai carta!

Nanti nak cariklah gambar masa kat opis lama. Ada rasanya terselit sebelum labtop kena format dulu. Kat opis pun deko-deko jugak dulu. Memang sejenis kegilaan mendeko ni. 



Between, ni SOHO Kak Ayu yang latest, semalam!












Ada sikit lagi nak tambah. Dah sebulan lebih beli notice board dari Ikea tak pasang lagi. Pastu, beli wall shelf Ikea pun tak pasang lagi. Ni sebab tak sure nak letak ke tidak, takut rasa messy pulak. Lepas tu, nak beli pokok hidup besar sepokok letak dalam bilik SOHO ni. 


Wednesday, September 19, 2018

September 19, 2018

Love Story

Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start
With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
There'll never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart
She fills my heart with very special things
With angels' songs, with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That anywhere I go I'm never lonely
With her around, who could be lonely
I reach for her hand, it's always there
How long does it last?
Can love be measured by the hours in a day?
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there
How long does it last?
Can love be measured by the hours in a day?
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there



Tuesday, September 18, 2018

September 18, 2018

Balm Timbang Kilo ke?

Balm Tasneem Naturel ni buat kat mana ya? Terjaga ke kebersihannya? Timbang kilo ea? Produce sendiri kat lot kedai ke?

Tidak.

Balm Tasneem Naturel dikilangkan di kilang bertaraf GMP dan mendapat kelulusan KKM. Setiap essential oil yang digunakan mempunyai sijil MSDS. Kilang ni sendiri ada team R&D mereka. So, memang balm kita ni diformulasi dengan resepi terbaik dari ladang oleh chemist yang bertauliah, gittew.

Cara pembuatan balm ni jugak tersusun. Ada step-step dia dan dibuat dengan penuh kasih sayang dan cermat serta sentiasa dipantau oleh ketua kelas, hehe.
Oh ya, kalau nak semak kelulusan KKM kami, korang boleh godek kat sini yer:

Monday, September 17, 2018

Calm Time memudahkan lagi kerja ibu-ibu

Lega sangatkan hati ini bila anak yang dulunya asyik meragam kini boleh mendengar kata. Hati ibu mana yang tak gembirakan? Sebab itulah penting sangat supaya kita doa dan sebut yang baik-baik untuk anak. Doa ibu ni kan mustajab.

Di samping doa yang baik, tidak salah untuk ikhtiar menggunakan Calm Time ni untuk memudahkan lagi kerja ibu-ibu.
Nak cuba Calm Time? Boleh hubungi kami samada di messenger atau terus tekan link whatsapp ini: www.wasap.my/60199898341/CalmTime/

Friday, September 14, 2018

September 14, 2018

Tambah Koleksi Lagi

Ini kisah hari Ahad lepas. Kami balik kampung kat Keratong hari Sabtu petang, sampailah hari Selasa. Hari Ahad, besday Dania. Kami pun ke Segamat nak makan kat Secret Recipe. Ajak atuk nenek depa tak nak ikut, atuk tak berapa sihat. 


Bertolak dah lepas asar, pukul 5.15 pm. Dalam perjalanan tu hujan pulok, sebab sekarang memang musim hujan petang. Alamak! Macam mana ni, nak berenti nurseri nak beli pokok lagi haha. Syukurlah, nizam baik hati pulak, sanggup u-turn bila nampak nurseri kat tepi jalan belah kanan jalan. Haa, dalam hujan renyai ku gigih meredah hujan tau haha. Syukur la senang dapat parking, kat dalam nurseri tu parking. 


Memang banyak pilihan pokok kat sini. Memang rambang mata nengoknya. Cuma tak puas membelek sebab nak cepat. Itu pun nizam dah turun dari kereta, buat pemantauan hahha. Dia mesti dah tau sangat perangai bini, kalau dibiarkan sesorang, mau sampai maghrib dok dalam nurseri hihihi. 


Akhirnya... beli la 4 jenis pokok. Semua ambik jenis kecik, sebab nak letak dalam rumah dan letak atas rak kat beranda. 

Muka anak-anak tensen jer haha. Maknya asik pegi nurseri ajer, dah 3 weekend berturut-turut depa kena ikut gi nurseri!



Balik, gantung dan letak kat beranda umah mak mertua. 


Comel sangat pokok ni, daun dia wallaaaa, macam bunga.



Keladi macam ni dah ada, tapi ni macam lain sikit jenisnya. Suka sebab rimbun jer pokoknya.



Lawo



Yang jenis panjang berjela macam ni murah pulak RM18, tapi yang kecik RM10. Jadi, baiklah ambik yang besar macam ni kan!


Sekian saja untuk bulan ini, semoga tiada lagi lawatan tapak ke nurseri. Sudah-sudah la Ayu... hehehe. Jaga dulu elok-elok yang mana ada kat rumah, nanti mati beli lagi... ehhhhh! Boleh percaya ke tak nak pergi lagi? Sebab besar harapan nak pegi lagi sekali kat nurseri ni :P

Thursday, September 13, 2018

Hari ni, Kak Ayu nak share (copy paste), hasil tulisan daripada Puan Waridah Lothpi

Korang boleh follow beliau kat FB untuk kupasan dan sharing berkenaan ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah banyak manfaat kita boleh dapat. Antaranya ialah yang Kak Ayu nak share ni:



Waridah Lothpi updated her status.
Cerita ni dah lama saya baca. Tahun 2001 dulu. Dan setiap kali membaca surah Al Fatihah, cerita ini memang automatik lalu dalam kepala.
Tapi tak berani nak tulis sebab ingat-ingat lupa. Takut tersalah ingatan. Hinggalah Disember lepas, saya direzekikan Tuhan dapat menghubungi pemilik cerita ini. Selepas beliau mengesahkan kebenarannya, baru boleh cerita pada umum.
2001-2016. 15 tahun oih, baru doa dimakbulkan.
KISAH TERAGUNG TENTANG SURAH AL FATIHAH dari seorang tokoh yang masih ada untuk berkongsi.
.
.
Dr Amir Farid adalah seorang doktor perubatan yang mengasaskan qi gong di Malaysia. Qi gong (sebutannya chi gung) ini ialah seni penjagaan kesihatan purba masyarakat Cina, yang menggabungkan pergerakan fizikal, kawalan pernafasan dan daya fokus.
Kalau kau tengok Kung Fu Panda 3, yang si Kai dok ambil chi pahlawan lain tu, itulah dianya chi. Tenaga yang mengalir dalam semua hidupan.
Bagaimana Dr Amir boleh bawa senaman purba Cina ini ke Malaysia?
Beliau cerita, beberapa lama sebelum qi gong, dirinya tergerak hendak membaca surah al Fatihah selalu-selalu. Sehari sampai berpuluh kali. Kekadang terjaga di tengah malam, semata-mata hendak membaca Al Fatihah, dan terus bertahajud.
Setelah beberapa tempoh beramal dengan Al Fatihah, seolah-olah surah ini telah meresap dan menjadi darah dagingnya.
Pada suatu malam ketika bertahajud, tiba-tiba dia rasakan ada suatu kuasa yang menggerakkan anggota tubuhnya untuk lebih tertib semasa solat. Pergerakan solatnya jadi lebih perlahan dan sopan.
Beliau terus kekal dengan solat sedemikian dan amalan membaca surah Al Fatihah.
Suatu hari, beliau menemani temannya bertemu seorañg Grand Master Qi gong yang sudah tua. Direnungnya wajah Dr Amir.
"Saya nampak kamu dalam mimpi saya, dan saya diilhamkan untuk mengajar dan mewariskan pada kamu tentang qi gong," kata master itu.
Seorang asing, muncul pula dalam mimpi orang asing yang lain.
Dan selebihnya adalah sejarah. Dr Amir adalah founder Qi gong di Malaysia dan juga Master Trainer teknik tersebut.
Subhanallah.
Apa yang SAYA DAPAT DARIPADA CERITA INI?
Kuasa dan keajaiban al Fatihah yang bertindakbalas dengan izin Tuhan, dan tindakbalas itu sungguh misteri. Tak terjangkau dengan akal normal manusia.
Bukankah surah ini adalah surah penyerahan, dan pengharapan agar Tuhan tunjukkan ke jalan yang benar yang Dia suka?
Kedua; sesungguhnya kita diletakkan Tuhan di atas dunia ini dengan warna yang pelbagai. Bukan semua orang perlu buat benda yang sama.
Ada orang hebat mendidik, ada yang hebat membina, dan ada yang sudi bersabar menjadi pekerja mulia mengutip sampah untuk keselesaan semua.
Setiap orang dipakejkan dengan kelebihan tersendiri untuk memberi manfaat pada orang lain.
Macam qi gong ini kan. Kebaikannya untuk semua, tak kira bangsa dan agama. Masa saya hubungi wakil nak sertai qi gong, soalan yang ditanya ialah adakah saya seorang cancer survivor, sebab qi gong ini rawatan alternatif untuk penyakit berat.
Subhanallah banyaknya pahala yang mengalir melalui ilmu Dr Amir ini.
Dan semuanya, bermula dengan Al Fatihah.

Wednesday, September 12, 2018

September 12, 2018

5 Jenis Balm Tasneem Naturel


Balm Tasneem ada 5 jenis.

Sleep Time:
Untuk memudahkan anak tidur lena, anak tidur sekejap dan anak susah tidur.

Calm Time:
Untuk anak yg meragam sebelum tidur, anak yang kurang tidur dan bantu anak bertenang dari tantrum.


CF Rub: 
Untuk masalah anak yang hidung tersumbat dan bunyi 'grrohh grohh' di dada.

T Rub:
Untuk anak yang tidak selesa perut.

Skeenz: 
Untuk masalah anak yang mengalami gatal-gatal pada kulit.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kak Ayu: 019-989 8341

Tuesday, September 11, 2018

Mata yang Menangis pada Hari Kiamat

Setiap mata pada hari kiamat akan menangis kecuali mata yang terpelihara daripada pemandangan yang diharamkan, mata yang digunakan untuk berjihad dan mata yang mengeluarkan airmata kerana takut dan cinta kepada Allah swt.

Mata akan menjadi saksi sama seperti anggota badan lain tentang apa yang telah kita kerjakan di dunia.


Petikan dari buku: Buku Usahawan Akhirat


Jadi, sempena bermulanya tahun baru Hijrah pada hari ini, jomlah kita berazam dan berusaha secara istiqamah untuk menjadikan mata kita adalah mata-mata yang menangis kerana Allah, dan memanfaatkan mata untuk melakukan kebaikan dunia dan akhirat.

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog ayurashid.com. Semoga tahun baru ini memberikan kebaikan, rahmat dan bertambahnya iman dan amal kita untuk bekalan dunia akhirat. InsyaAllah. 

Monday, September 10, 2018

September 10, 2018

Pokok Bunga Nyaris Mati dah Segar-bugar Semula!

Ni la beza tangan sejuk vs tangan panas. Eh, ke sebab tak reti jaga pokok?

3 pokok ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan jer awal tahun lepas kalau tak silap. Lepas tu, sebagai cobaan menyelamatkan mereka bertiga ni, Kak Ayu bawak balik kampung mak mertua.


Bersekali dengan pokok-pokok ni bawak balik jugak beberapa pasu pokok money plant. Yang ada kat umah tu la. Lama dah bawak balik Semenyih bila dah gebu haha. Skang dah sendu semula 


Tadi pagi tengok mak susun atas pagar. Ni konsepnya menantu hantu dah boleh bawak balik untuk deko-deko hehehe.
Macam manalah mak jaga, sakan dah hidupnya. Padahal tengok mak letak bawah pokok jer, yang belakang tempat pokok di susun atas pagar ni haa. Mungkin sebab cuaca, persekitaran sesuai dan tangan mak sejuk jer. 

Dengan tambahan lagi 1 pokok keladi merah-hijau-pink yang baru mak ambik dari pokoknya dan tanam dalam pasu lain bagi menantu. Cantik sangat pokok keladi ni!







Nizam tanya:
"Bahagia?"

Ye lah, mana tak tanya gitu, dah 3 weekend berturut-turut pergi nurseri beli pokok! Yelah, bahagia. Kalau mati, belanja beli lagi... lagi bahagia haha. Maklumlah, rekod tanam pokok tak berapa cun, asik mati jer pokoknya!


Hehhehehe. Terima kasih semua kerana memahami kegilaan ini hehee. Eh.. tapi rasa tak sampai hati nak bawak balik, takut nyawa dihujung tanduk smula kannnggg.

Esok dah nak balik Semenyih, mana nak sumbat pepokoks ni dengan lagi 4 pokok yang beli kat nurseri semalam. Nampak gayanya pokok-pokok ni kena tinggal sini dulu, kasik lagi gemuk baru ambik bawak balik haha. Tak sabar nak deko-deko pokok lagi :P

Monday, September 3, 2018

September 03, 2018

Kegunaan 5 Balm Tasneem Naturel


Balm tasneem ada 5 jenis.

Sleep Time:
Untuk memudahkan anak tidur lena, anak tidur sekejap dan anak susah tidur.

Calm Time:
Untuk anak yg meragam sebelum tidur, anak yang kurang tidur dan bantu anak bertenang dari tantrum.

CF Rub: 
Untuk masalah anak yang hidung tersumbat dan bunyi 'grrohh grohh' di dada.

T Rub:
Untuk anak yang tidak selesa perut.

Skeenz: 
Untuk masalah anak yang mengalami gatal-gatal pada kulit.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kak Ayu: 019-989 8341