Friday, September 21, 2018

Cahaya Matahari untuk Indoor Plant

Kat rumah ni, cahaya pagi mengadap ke dapur dan 2 bilik tidur kat tingkat atas. Antara punca pokok Kak Ayu selalu mati rasanya terlebih siram dan tak kena cahaya matahari yang cukup atau terlebih kena cahaya. Terbako terus daun indoor plant kalau kena cahaya petang lelama kalau letak kat beranda. 


Jadi, bila masih lagi mood rajin jaga pokok, dan sebagai bukti kesungguhan jugak kat husband, yang lain kali boleh tambah beli pokok lagi hahhaa. Maka, bila nampak jer ada cahaya pagi mulai masuk kat dapur, maka gigih tau angkut letak kat area laundry ni haha.



Bunga lily tu tak kembang sangat, sebab dalam minggu ni hujan ajer. Dan mungkin jugak dia terkejut kena bawak balik sini semula haha. Sebab pokok lily ni seketul jer ubinya Kak Ayu selamatkan, lain semua buang masa sesi membuang pokok bunga kat luar pagar sana. Bawak balik letak kat umah mak mertua, bila dah besar dan nak berbunga bawak balik sini semua. 

Semoga semua pokok dapat hidup subur dan bertahan lama yer. Barulah senang hati orang tu nak bawak Kak Ayu gi beli pokok lagi hehe. Bila ntah nak balik keratong lagi, nak pergi lagi sekali kat nurseri dekat Segamat tu, best situ banyak pilihan. Hari tu kalut tak sempat nak membelek puas-puas. Main ambik jer sebab nak cepat punya pasal. 


No comments: