Wednesday, September 26, 2018

Dekorasi Pokok Indoor di Ruang Kerja

Sesuatu yang sentiasa buat Kak Ayu rasa teruja nak masuk SOHO buat kerja, especially update blog ialah disebabkan adanya pokok-pokok hidup kat dalam SOHO ni!

Korang yang suka pokok jer tau feel tu macam mana hehe. Seronok tak terkira bila toleh kiri ada pokok, toleh kanan ada pokok, toleh atas kat dinding pun ada pokok. Atas meja pun ada pokok. Haa, sib baik atas katil pun tak letak pokok haha!




Kak Ayu suka alih-alih dan tukar-tukar pokok. Sib baik pokok jenis kecik-kecik ajer. Kalau jenis besar, matiklahnak sakit pinggang ai nanti tau. Eh, tapi ada plan nak beli pokok besar sepokok dua, nak kasik ruang ni lebih outstanding gitew.




Okey, ini setakat yang hari Sabtu petang yer, by this time entry ni publish, konfem dah berubah-ubah lagi!

Apa pun, semoga pokok-pokok ni berzikir dan menghadiahkan doa buat kami sekeluarga. Sayang semua ni tau! Nanti boleh tambah koleksi lagi :)


2 comments:

Cik Ash said...

cantiklah hiasan kak ayu buat...

Rahayu said...

cik ash pun boleh. yang penting ada pokoks hehe