Thursday, September 20, 2018

Dekorasi SOHO dan Suasana Kerja digemari

Bila buat kerja, Kak Ayu memang spesis tak boleh meja banyak barang. Letak apa yang perlu dan guna sahaja. Sejenis tak boleh fokus dalam suasana bersepah.

Zaman kerja dulu pun sama. Meja kena sentiasa kemas. Hanya letak fail, dokumen, buku nota dan stationary yang digunakan ajer. Lepas siap kerja mesti terus kemas. Yang untungnya, ada bilik sendiri. Heaven.

Atas meja takder letak frame-frame atau hiasan kecik-kecik. Yang wajib letak ialah sepasu pokok money plant (letak dalam air). Kak Ayu memang dari zaman muda-muda dulu lagi dah obses dengan pokok money plant. Yang dah lama kenal Kak Ayu memang tau sangat.

Masa kerja dulu tu, pokok money plant takyah beli. Ambik jer kat lobi Unisel tu hehehe. Suka sangat berlagak dengan boss ada pokok lilit-lilit atas meja. Boss kata eksen la tu. Pastu bila pokok dah mati, boss cakap "haaa padan muka eksen sangat". Hahaha.

Kekadang ada jugak rasa rindu kat kenangan lama. Dah 8 tahun kerja sendiri dari rumah, namun perangai masih sama: tak suka suasana meja kerja bersepah dan masih setia dengan pokok money plant. Datang la trend pokok apa sekalipun, money plant tetap menjuarai carta!

Nanti nak cariklah gambar masa kat opis lama. Ada rasanya terselit sebelum labtop kena format dulu. Kat opis pun deko-deko jugak dulu. Memang sejenis kegilaan mendeko ni. 



Between, ni SOHO Kak Ayu yang latest, semalam!












Ada sikit lagi nak tambah. Dah sebulan lebih beli notice board dari Ikea tak pasang lagi. Pastu, beli wall shelf Ikea pun tak pasang lagi. Ni sebab tak sure nak letak ke tidak, takut rasa messy pulak. Lepas tu, nak beli pokok hidup besar sepokok letak dalam bilik SOHO ni.