Thursday, September 13, 2018

Hari ni, Kak Ayu nak share (copy paste), hasil tulisan daripada Puan Waridah Lothpi

Korang boleh follow beliau kat FB untuk kupasan dan sharing berkenaan ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah banyak manfaat kita boleh dapat. Antaranya ialah yang Kak Ayu nak share ni:



Waridah Lothpi updated her status.
Cerita ni dah lama saya baca. Tahun 2001 dulu. Dan setiap kali membaca surah Al Fatihah, cerita ini memang automatik lalu dalam kepala.
Tapi tak berani nak tulis sebab ingat-ingat lupa. Takut tersalah ingatan. Hinggalah Disember lepas, saya direzekikan Tuhan dapat menghubungi pemilik cerita ini. Selepas beliau mengesahkan kebenarannya, baru boleh cerita pada umum.
2001-2016. 15 tahun oih, baru doa dimakbulkan.
KISAH TERAGUNG TENTANG SURAH AL FATIHAH dari seorang tokoh yang masih ada untuk berkongsi.
.
.
Dr Amir Farid adalah seorang doktor perubatan yang mengasaskan qi gong di Malaysia. Qi gong (sebutannya chi gung) ini ialah seni penjagaan kesihatan purba masyarakat Cina, yang menggabungkan pergerakan fizikal, kawalan pernafasan dan daya fokus.
Kalau kau tengok Kung Fu Panda 3, yang si Kai dok ambil chi pahlawan lain tu, itulah dianya chi. Tenaga yang mengalir dalam semua hidupan.
Bagaimana Dr Amir boleh bawa senaman purba Cina ini ke Malaysia?
Beliau cerita, beberapa lama sebelum qi gong, dirinya tergerak hendak membaca surah al Fatihah selalu-selalu. Sehari sampai berpuluh kali. Kekadang terjaga di tengah malam, semata-mata hendak membaca Al Fatihah, dan terus bertahajud.
Setelah beberapa tempoh beramal dengan Al Fatihah, seolah-olah surah ini telah meresap dan menjadi darah dagingnya.
Pada suatu malam ketika bertahajud, tiba-tiba dia rasakan ada suatu kuasa yang menggerakkan anggota tubuhnya untuk lebih tertib semasa solat. Pergerakan solatnya jadi lebih perlahan dan sopan.
Beliau terus kekal dengan solat sedemikian dan amalan membaca surah Al Fatihah.
Suatu hari, beliau menemani temannya bertemu seorañg Grand Master Qi gong yang sudah tua. Direnungnya wajah Dr Amir.
"Saya nampak kamu dalam mimpi saya, dan saya diilhamkan untuk mengajar dan mewariskan pada kamu tentang qi gong," kata master itu.
Seorang asing, muncul pula dalam mimpi orang asing yang lain.
Dan selebihnya adalah sejarah. Dr Amir adalah founder Qi gong di Malaysia dan juga Master Trainer teknik tersebut.
Subhanallah.
Apa yang SAYA DAPAT DARIPADA CERITA INI?
Kuasa dan keajaiban al Fatihah yang bertindakbalas dengan izin Tuhan, dan tindakbalas itu sungguh misteri. Tak terjangkau dengan akal normal manusia.
Bukankah surah ini adalah surah penyerahan, dan pengharapan agar Tuhan tunjukkan ke jalan yang benar yang Dia suka?
Kedua; sesungguhnya kita diletakkan Tuhan di atas dunia ini dengan warna yang pelbagai. Bukan semua orang perlu buat benda yang sama.
Ada orang hebat mendidik, ada yang hebat membina, dan ada yang sudi bersabar menjadi pekerja mulia mengutip sampah untuk keselesaan semua.
Setiap orang dipakejkan dengan kelebihan tersendiri untuk memberi manfaat pada orang lain.
Macam qi gong ini kan. Kebaikannya untuk semua, tak kira bangsa dan agama. Masa saya hubungi wakil nak sertai qi gong, soalan yang ditanya ialah adakah saya seorang cancer survivor, sebab qi gong ini rawatan alternatif untuk penyakit berat.
Subhanallah banyaknya pahala yang mengalir melalui ilmu Dr Amir ini.
Dan semuanya, bermula dengan Al Fatihah.

1 comment:

Cik Tie said...

Gud sharing.. tak pernah tahu pun tentang Qi Gong sebelum ini