Tuesday, September 11, 2018

Mata yang Menangis pada Hari Kiamat

Setiap mata pada hari kiamat akan menangis kecuali mata yang terpelihara daripada pemandangan yang diharamkan, mata yang digunakan untuk berjihad dan mata yang mengeluarkan airmata kerana takut dan cinta kepada Allah swt.

Mata akan menjadi saksi sama seperti anggota badan lain tentang apa yang telah kita kerjakan di dunia.


Petikan dari buku: Buku Usahawan Akhirat


Jadi, sempena bermulanya tahun baru Hijrah pada hari ini, jomlah kita berazam dan berusaha secara istiqamah untuk menjadikan mata kita adalah mata-mata yang menangis kerana Allah, dan memanfaatkan mata untuk melakukan kebaikan dunia dan akhirat.

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog ayurashid.com. Semoga tahun baru ini memberikan kebaikan, rahmat dan bertambahnya iman dan amal kita untuk bekalan dunia akhirat. InsyaAllah. 

1 comment:

Cik Tie said...

In shaa allah, aamiin