Thursday, September 27, 2018

Monstera yang Cantik

Sehari sebelum balik kampung masa nak raya haji lepas, kitorang pegi nurseri. Beli la beberapa pokok indoor. 

4 jenis pokok belinya. 
2 nurseri berlainan pada hari sama hehe. 


Sebelum balik kampung tu, sempatlah susun kat rak macam ni. 


 
Dah balik dari kampung, re-pot semula, bersekali dengan pokok yang ambik dari umah mak mertua.
Ada yang nizam tanamkan, iaitu pokok monstera. 


Dedua nurseri tu takder yang besar. Ni jer yang paling elok. RM15 saja.
Ada 8 helai jer daunnya hahha. Boleh laa, sesuai dengan saiz dan harganya kan.

Masa beli ni ada 8 helai daun. Tak lama tu, sehelai layu, potong buang. Then, patah pulak sehelai anak kucing buat main. Adoii, dah tinggal 7 helai jer.




Subur lagi masa ni, dah mula keluar selai pucuk baru.






Bila nak dapat cahaya pagi, susun jer la kat sini.




Dalam minggu ni, daun dah mula kuning selai lagi. wawa. Mula-mula buang separuh, pastu terus potong buang!


Harini, ini jer daun yang tinggal. 5 helai uols! Nak gelak ke nak nangis? 
Sakan pucuk muda tu berjuntai ke kiri, eksen taknak kawan dengan yang lain, menjauhkan diri tu!



Tapi, daun gebu. Alhamdulillah!
Dah nampak 1 pucuk baru nak keluar. Hari-hari dok belek pokok oiii. Bangga bagitau kat husband, berjaya jaga pokok lebih dari sebulan, nanti boleh tambah pokok lagi!

Tambah pokok lagi? InsyaAllah, kali ni nak beli pokok besar sikit. Rasa nak gi nurseri area Bangi pulak. InsyaAllah weekend ni orang tu janji nak bawak, sebab lepas ni dia bizi ngan training bowling (kalau terpilih jadi wakil selangor) untuk tnb. Jadi, kenalah beli jiwa bini dulu, baru dia boleh gi sana-sini dengan senang hati heh heh.

1 comment:

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah said...

salam singgah. memang menarik rupa bentuk pokok ni. macam pokok plastik ja rupa dia. hehe