Monday, September 10, 2018

Pokok Bunga Nyaris Mati dah Segar-bugar Semula!

Ni la beza tangan sejuk vs tangan panas. Eh, ke sebab tak reti jaga pokok?

3 pokok ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan jer awal tahun lepas kalau tak silap. Lepas tu, sebagai cobaan menyelamatkan mereka bertiga ni, Kak Ayu bawak balik kampung mak mertua.


Bersekali dengan pokok-pokok ni bawak balik jugak beberapa pasu pokok money plant. Yang ada kat umah tu la. Lama dah bawak balik Semenyih bila dah gebu haha. Skang dah sendu semula 


Tadi pagi tengok mak susun atas pagar. Ni konsepnya menantu hantu dah boleh bawak balik untuk deko-deko hehehe.
Macam manalah mak jaga, sakan dah hidupnya. Padahal tengok mak letak bawah pokok jer, yang belakang tempat pokok di susun atas pagar ni haa. Mungkin sebab cuaca, persekitaran sesuai dan tangan mak sejuk jer. 

Dengan tambahan lagi 1 pokok keladi merah-hijau-pink yang baru mak ambik dari pokoknya dan tanam dalam pasu lain bagi menantu. Cantik sangat pokok keladi ni!







Nizam tanya:
"Bahagia?"

Ye lah, mana tak tanya gitu, dah 3 weekend berturut-turut pergi nurseri beli pokok! Yelah, bahagia. Kalau mati, belanja beli lagi... lagi bahagia haha. Maklumlah, rekod tanam pokok tak berapa cun, asik mati jer pokoknya!


Hehhehehe. Terima kasih semua kerana memahami kegilaan ini hehee. Eh.. tapi rasa tak sampai hati nak bawak balik, takut nyawa dihujung tanduk smula kannnggg.

Esok dah nak balik Semenyih, mana nak sumbat pepokoks ni dengan lagi 4 pokok yang beli kat nurseri semalam. Nampak gayanya pokok-pokok ni kena tinggal sini dulu, kasik lagi gemuk baru ambik bawak balik haha. Tak sabar nak deko-deko pokok lagi :P

No comments: