Friday, September 14, 2018

Tambah Koleksi Lagi

Ini kisah hari Ahad lepas. Kami balik kampung kat Keratong hari Sabtu petang, sampailah hari Selasa. Hari Ahad, besday Dania. Kami pun ke Segamat nak makan kat Secret Recipe. Ajak atuk nenek depa tak nak ikut, atuk tak berapa sihat. 


Bertolak dah lepas asar, pukul 5.15 pm. Dalam perjalanan tu hujan pulok, sebab sekarang memang musim hujan petang. Alamak! Macam mana ni, nak berenti nurseri nak beli pokok lagi haha. Syukurlah, nizam baik hati pulak, sanggup u-turn bila nampak nurseri kat tepi jalan belah kanan jalan. Haa, dalam hujan renyai ku gigih meredah hujan tau haha. Syukur la senang dapat parking, kat dalam nurseri tu parking. 


Memang banyak pilihan pokok kat sini. Memang rambang mata nengoknya. Cuma tak puas membelek sebab nak cepat. Itu pun nizam dah turun dari kereta, buat pemantauan hahha. Dia mesti dah tau sangat perangai bini, kalau dibiarkan sesorang, mau sampai maghrib dok dalam nurseri hihihi. 


Akhirnya... beli la 4 jenis pokok. Semua ambik jenis kecik, sebab nak letak dalam rumah dan letak atas rak kat beranda. 

Muka anak-anak tensen jer haha. Maknya asik pegi nurseri ajer, dah 3 weekend berturut-turut depa kena ikut gi nurseri!



Balik, gantung dan letak kat beranda umah mak mertua. 


Comel sangat pokok ni, daun dia wallaaaa, macam bunga.



Keladi macam ni dah ada, tapi ni macam lain sikit jenisnya. Suka sebab rimbun jer pokoknya.



Lawo



Yang jenis panjang berjela macam ni murah pulak RM18, tapi yang kecik RM10. Jadi, baiklah ambik yang besar macam ni kan!


Sekian saja untuk bulan ini, semoga tiada lagi lawatan tapak ke nurseri. Sudah-sudah la Ayu... hehehe. Jaga dulu elok-elok yang mana ada kat rumah, nanti mati beli lagi... ehhhhh! Boleh percaya ke tak nak pergi lagi? Sebab besar harapan nak pegi lagi sekali kat nurseri ni :P

1 comment:

Cik Tie said...

Redup je tengok pohon2 hijau merimbun menghiasi rumah.