Tuesday, November 6, 2018

Eh, lupa pulak i ada blog :P

Salam semua!
Lama tak update blog. Ada yang tercarik--carik i ke 

Wow feeling tak menahan tu hahaha.

Kak Ayu ada jer, masih aktif di alam fana ni
Masih aktif di FB dan IG
Tak berkesempatan jer nak update blog
Bercampur pulak vitamin M yang terlebih kann
Maka, sendulah blog ni sebulan lebih dah
Ni kiranya entry nak kembali ke pangkuan blog la 
Semoga rajin dan konsisten la yer



Haa, dah nak masuk umur 40 tahun lagi beberapa bulan ni kan
Banyak perkara yang difikirkan pasal blog ni
Antaranya ialah, Kak Ayu akan delete entry yang ada gambar Kak Ayu dan famili 
Dan juga entry yang Kak Ayu rasa tak perlulah nak share kat blog
Cukuplah kat sini bercerita tanpa gambar kami dan juga sekadar cerita lain
Sharing yang lebih bermanfaat
Dan Kak Ayu nak simpan privacy kami
Haa gitu.

Kalau kat IG dan FB tu, sekali-sekala bolehlah
Kang kalau tak muncul gambar langsung, susah jugak nak bina trust
Maklumlah, meniaga online kannnnnn.
Nak ke taknak, kenalah jugak

Jadi, janganlah pelik bila tengok entry lama akan berkurangan
Dan entry akan datang takder dah gambar kami dan cerita kami
Kita cerita pasal deko, pokok, rohani dan bisnes sudah lah yer hehe.

Apa pun, semoga ini adalah keputusan terbaik buat kami
Kalau rindu kat Kak Ayu, pi carik kat FB tau.

Oh ya, Kak Ayu sekarang fokus job Upah Buat Blog dan Edit Blog. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Dapatlah buat tampung belanja kannn hehehe. Nanti Kak Ayu share profile blog yang Kak Ayu dah buat dan edit. Kalau nak tempah, boleh terus wasap Kak Ayu. Upah blog RM100, Edit blog RM50 saja. Siap dengan pakej header :)

Ini jer la nak bebel. Saja hilangkan kerinduan kat sini. Nanti i bebel lagi tau. Tapi tak tau la bila pulak tu hahaha.

P/S: Buat tatapan sahabatku Suryati Serain, ke mana kau menghilangkan diri. Lamanya lahai terputus hubungan. Semoga ko cepat-cepat dapat hp baru dan kita dapat kembali berjimbara di alam maya hehe. 

No comments: