Tuesday, November 20, 2018

Persediaan Cuti Sekolah Hujung Tahun 2018

Minggu ni last sekolah untuk tahun 2018. Rasanya cuti sekolah tahun ni, kami banyak duduk kat rumah jer. Dulu bila cuti sekolah, selalu balik berminggu-minggu kat Besut. Sejak setahun dua ni, memang jarang sangat balik. Rindu mak, mak ajer lah datang sini. 

Dalam minggu ni, Kak Ayu busy kemas rumah. Buat spring cleaning katanya. Bukan apa, bila rumah dah clear dan bersih, rasa lebih lapang fikiran dan mata pun tak sesak memandang. Buku-buku teks anak pun dah hantar, dah dapat yang untuk tahun depan (Dania jer la tak dapat, sebab tahun depan dia dah tingkatan 1). Jadi, boleh la mula buat spring cleaning kat area rak buku. Dah macam aper dah rupanya, sakit mata nengok huhu.


Ruang tamu dah siap kemas. Sampai karpet pun Kak Ayu simpan. Rasa lapang jer takder karpet. Cuma risau sikit la, takut Ayra jatuh dari sofa. Dia dah pernah jatuh bulan lepas, dah la masa tu dia dan kak ayu demam, Ya Allah, gedebukk jatuh kepala dulu (bahagian belakang), alhamdulillah takder apa-apa. Masa tu syukur ada karpet lagi, at least tebal la jugak berlapik. Suka sangat memanjat tu, dia dah boleh naik tangga sampai ke tingkat atas! Nak turun jer tak reti lagi, dia gayat agaknya nampak tangga menjunam ke bawah, masa naik tak nampak ke bawah, takder la dia gayat.



Bilik SOHO memang sentiasa kemas la, sebab Kak Ayu tak boleh buat kerja dalam keadaan bersepah. Cuma dah jadik satu kerja pulak dok tukar-tukar pokok bunga dalam tu haha. Tapi, sis okey jer sebab sis suka hehehe. Takder masalah. Rasa nak jer tambah indoor plant lagi hehe. Last week husband kerja kat Segamat, dia belikan 2 pokok, walaupun pokok tu sendu jer, sis suka hehe. Nanti nak beli lagilah, nak gandingkan bersama, rasa lagi lawa nanti tu hehe.




Dah buat list apa nak kemas sampai satu rumah dapat buat spring cleaning. Then, nak beli barang-barang makanan buat stok, haa dok rumah tak sekolah, asyiklah nak makan budak berdua tu. Kalau papanya outstation takder la terputus bekalan makanan kudap-kudap. Menu seminggu-seminggu pun nak kena buat list siap-siap. Beli bahan masak dan siapkan dalam peti, tinggal nak masak, just keluarkan dan campak masak kuali terus.

Woww. semangatnya aku nak cuti sekolah haha. Korang? Dah sedia nak cuti sekolah? Bestnya kalau kaya kan? Buleh cuti-cuti dok hotel!

No comments: