Wednesday, November 21, 2018

Semai Semula Budaya Membaca Buku

Tak segan nak mengaku, sejak asyik dok pegang smartphone ni, nak habiskan baca sebuah buku pun susah! Baru pegang dan baca beberapa mukasurat, hati dok ingat nak capai hp ajer huhu. Sudahnya, memang tak terbaca pun buku. Duduklah menghiasi rak-rak buku, tahun berganti tahun. How bad!


Rasanya, last Kak Ayu baca buku sampai habis ialah 2 buah buku Teme Abdullah. Itu pun tahun lepas kot! Nak habiskan baca 2 buah buku tu pun beberapa hari. Baca tu pun kira cepat habis sebab memang suka cara penulisan Teme Abdullah, dan buku tu memang best. Rasa tak sabar nak habiskan baca.

Bila baca buku, rasa feel tu lain. TAPI, ada kekangannya jugak. Baru jer nak fokus baca, anak dah datang mengacau huhuhu. Dia mulalah nak 'baca' sama. Dah tu, bertambah la alasan buku-buku tersadai tak terbaca.

Rindu nak baca buku dengan penuh feel. Rindu nak hayati setiap baris dan bait perkataan, terutamanya buku-buku kerohanian dan motivasi. Rindu sangat nak baca buku sambil bergolek-golek atas katil haha. Sungguh rindu masa lapang yang semakin suntuk. 

Sungguh rindu masa untuk diri sendiri, mengisi masa dengan membaca buku, bukan mengisi masa dengan mengadap smartphone, laptop, apalagi kena buat kerja berkaitan bisnes. Sungguh rasa dah letih.

Menjelang umur 40, kau dah kenapa Ayu? Hahaha. Harapnya musim cuti sekolah ni, dapatlah membaca buku, supaya anak-anak pun sukalah nak membaca jugak!

No comments: