Tuesday, January 22, 2019

Habuk!



"Jangan bergundah-gulana kala memikirkan rumahmu berhabuk. Namun yang patut digundahkan ialah kala Al-Quran mu mula "berhabuk"


Ya Allah, deep sangat kan?

Semoga Al-Quran adalah teman yang sentiasa kita dampingi.
Bukannya handphone.

Ini nota buat diri sendiri. Semoga sama-sama kita manfaatkan.

Friday, January 11, 2019

Al-Quran dan Usia

Assalamualaikum.

Minggu lepas, genap umur Kak Ayu 40 tahun. Tua dah. Takder benda kat dunia ni nak dikejar, kecuali nak tambah amal dan bekalan untuk bawak ke kampung abadi. Untuk kejar masa bertaubat selagi masih ada kesempatan. Dan untuk menanam benih yang boleh dijadikan ladang pahala yang sentiasa mengalir walaupun Kak Ayu dah takder lagi kat dunia ni. 


Inilah antara resolusi Kak Ayu dalam blogging mulai tahun 2019 ni. Kalau nak merapu pun biarlah berpada-pada, sikit-sikit sudahlah hehe. Sebab Kak Ayu dan merapu di social media berpisah tiada. Cuma biarlah apa yang dirapukan tu tak jadi sungai dosa pulak, atau ruang untuk timbulnya fitnah dan salah sangka. 

Sebab itulah, kat socmed especially kat Facebook, Kak Ayu memang elakkan buat post, share atau komen tentang hal-hal yang boleh timbulkan impak negatif. Biarlah apa yang dirasai dan dibaca tu berlalu macam tu saja. Tak perlu dipanjangkan atau nak jadi keyboard warrior. Sesia jer hasilnya pun. So, kena bijak bersosial media lebih-lebih lagi dah masuk kategori usia senja nan merah ni :P

Wah begitu panjang mukaddimah di pagi Jumaat. Konon masuk awal SOHO nak sambung buat entry blog client, tapi semangat pulak nak update blog sendiri. Jadi, kita layan blog sendiri dulu, menceceh sikit, pasni baru update blog client. Kena siapkan harini jugak yang ni, sebab InsyaAllah harini masuk job baru pulak dari agent Coway. Alhamdulillah, rezeki mak kali ni. 



Sempena hari Jumaat ni, Kak Ayu nak share satu info yang dapat dari Facebook, tengok kawan share, terus Kak Ayu save gambar ni dan rasa nak share di blog. Buat pedoman kita bersama, InsyaAllah. Sesuai sangat ni dengan Kak Ayu, yang kena semakin istiqamah jadikan Al-Quran sebagai teman setia. 
Apa kata Al-Quran tentang usia

 7 perkara ni bila kita baca dengan mata hati, memang terasa ianya betul sangat. Semoga kita punya kesempatan untuk sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Juga nak didik dan tanamkan dalam jiwa anak-anak kita tentang Al-Quran. InsyaAllah, biar sedikit asalkan istiqamah untuk kita belajar, membaca dan tadabbur Al-Quran.

Sehingga berjumpa lagi. Salam Jumaat dan selamat datang hujung minggu. Assalamualaikum. 

Thursday, January 10, 2019

January 10, 2019

Happy New Year 2019!

Assalamualaikum

Happy New Year 2019 kepada semua pembaca blog Kak Ayu. Syukur Ya Allah, ada lagi peluang nak ucap selamat tahun baru 2019, pada hari ke-10! Ini pun dah dekat pukul 10.00pm baru nak update blog.

Konon private blog minggu lepas sebab nak edit blog, sekali langsung tak bukak blog pun. Bizi dengan urusan anak baru naik sekolah, bizi sambut umur baru haha. Mak dah kertu uols, dah 40 tahun. Alhamdulillah. Bawak-bawak la bertobat banyak-banyak yer Ayu, rumah dah kata pergi, kubur dah kata welcome ayu, welcome Ayu huhuhu.


Apa pun, semoga tahun ni adalah tahun yang terbaik yang telah Allah aturkan untuk kita semua. Semoga setiap detik dan waktu kita cuba untuk jadi lebih baik. Tahun ni tak banyak impian, cukuplah dapat lalui hari-hari mendatang dengan penuh berkat dan bahagia.

Till then, jumpa lagi dalam coretan akan datang. Once again, Happy New Year 2019. Have a great and barakah year ahead.

XOXO.
Ayu Rashid