Friday, January 25, 2019

Bermula Semula dari Zero

Bismillah.
Assalamualaikum & Salam Jumaat.

Tajuk entry bikin suspen dak? Hehe. Apalah yang Kak Ayu nak bermula semula dari zero ni kan? Okeh, meh sini nak bercerita sikit.

Mungkin korang yang follow Kak Ayu di FB dan IG dah tau, Kak Ayu rejoin semula bisnes Hai-O

Haaa, Kak Ayu pun tak sangka Kak Ayu akan kembali semula pada bisnes dan syarikat yang kat Ayu mula-mula berbisnes. Dunia bisnes Kak Ayu bermula dengan Hai-O dan ini kali kedua Kak Ayu rejoin bisnes ni. 


Tapi kali ni cuma dengan modal aka pendaftaran ahli RM47 saja! Tak perlu keluarkan banyak modal macam dulu, cuma dengan RM47 (dan dapat FREE 2 tiub ubat gigi Marine Essence!) dah macam tak keluar modal langsung! Jadi, why not Kak Ayu cuba semula dan bermula dari zero semula!

Macam mana nak kata ek, ada masa kita yang bisnes sepenuhnya dari rumah aka sebagai surirumah yang nak jana income dari rumah secara online, kita kena do what ever it takes. Kita dah cuba beberapa bisnes, tapi kalau dalam setahun dua tahun, dok macam tu jugak, malah makin merudum, kita kena move on! Tak boleh nak main biola lama sangat. Tak boleh nak hirau apa pandangan orang pada kita, ego kena tolak ke tepi. 

Boleh atau tidak dengan bisnes Hai-O ni, Kak Ayu tolak ke tepi dulu. Kak Ayu nekad untuk tahun 2019 ni, Kak Ayu mesti buat! Sebab dengan umur dah masuk 40 tahun ni, Kak Ayu perlukan bisnes yang tak terlalu struggle untuk Kak Ayu buat sampai perlu ketepikan urusan keluarga dan ibadah. Buat beria, tapi hasil macam sia-sia jer. Ini pada diri Kak Ayu, tak kata pada orang lain. Sebab dalam bisnes, Kak Ayu kena realistik. Tak boleh tunggu dan tak boleh buang masa dan tenaga lagi. Kak Ayu kena buat benda yang baru dan move on!

Sebenarnya Kak Ayu daftar rejoin ni pada 2hb Oktober 2018 lagi. Tapi masa tu sampailah hujung tahun 2018, hati ni berbolak-balik lagi. Ada la hal-hal yang buatkan Kak Ayu rasa macam eh, serabut pulak rasanya bila jadi macam ni, eh boleh ke aku buat, eh betul ke pilihan aku ni... dan bermacam-macam ehhh lagi. Padahal dalam dok macam-macam "eh" tu, kalau betul-betul  buat, sekarang ni dah naik pangkat Sales Manager kot hahaha. 

Takper, its okey! Semua tu ada hikmahnya dan semua tu adalah sebabnya. Cuma bila fikirkan, siapalah yang rugi bila buat macam tu kan? Kak Ayu jugak yang rugi! Jadi, pada minggu kedua Januari 2019 ni, Kak Ayu buat keputusan, kena mula buat sungguh-sungguh! Dan, Kak Ayu mula belek semula Plan Marketing untuk buat target pencapaian dalam bisnes ni.

Sebenarnya, dalam jarang-jarang dok promote tu, sale dah ada dah. Masih di pangkat D1 dengan bonus 3%. Tapi bila minda dan diri tak bersungguh nak buat, memang dok tang tuuu jugak lah. Alhamdulillah, sale bulan Januari ni pun dah naik. Ya Allah suka sangat tau. Feel dia tu lain macam jer, sebab dah nampak dah jalan macam mana nak konsisten buat bisnes ni. 

Cuma, dalam bisnes ni Kak Ayu kena berpegang pada prinsip Kak Ayu yang Kak Ayu pegang iaitu nak gunakan gambar kena pilih yang betul-betul patuh syariah, termasuk gambar duta pun Kak Ayu tak boleh nak guna (Fazura) atas faktor aurat beliau, lepas tu gambar-gambar promo dari group pun Kak Ayu kena pilih jugak, testimoni pun sama, memang kena jaga bab-bab ni. 

Sama jugak dengan testimoni dan produk, Kak Ayu kena pilih dan tilik dulu sebelum guna. Inilah antara keraguan Kak Ayu masa mula-mula nak bisnes ni. Malah, Kak Ayu ada bagitau Leader. Dia kata okey jer, mana-mana yang Kak Ayu rasa selesa, buat jer. Malah, nak crop atau edit gambar pun Kak Ayu tanya, boleh ke tidakkk. Hehe. 

Bukan nak kata Kak  Ayu ni alim, bukan nak kata Kak Ayu ni poyo nau, tapi Kak Ayu taknak ulang silap dan lagha yang dulu. Takper, Kak Ayu tau susah nak buat bila berprinsip macam ni, gigih kau tilik gambar sebelum post haha. InsyaAllah, semoga Allah bagi rahmat, kemudahan dan rezeki yang berkat bila Kak Ayu jaga apa yang dia perintahkan.

Mungkin perjalanan bisnes Kak Ayu tak selaju orang lain, sebab Kak Ayu nak bisnes yang fleksibel. Kak Ayu dengan cara Kak Ayu macam biasalah, online. Cuma bila networking bisnes ni, sekali-sekala kenalah keluar sarang. Teringin jugak nak pergi kelas dan event, untuk ilmu, ambik semangat dan aura mentor dan orang lain. InsyaAllah, boleh jer sebab Ayra pun dah besar. Itu fikirkan kemudian. 

Yang penting, Kak Ayu akan mula promote bisnes dan produk Hai-O kat sini. Korang jangan muak yer haha. Dan, Kak Ayu nak bagi peluang kat korang yang berminat untuk bisnes bersama-sama Kak Ayu. Modal RM47 sahaja. Nak bisnes boleh, nak join sebagai ahli untuk guna produk saja pun boleh. Takder paksaan!


Kak Ayu bukan jenis leader yang push-push orang untuk buat yer. Sebab Kak Ayu pun bukan jenis suka di-push-push haha. Tapi, Kak Ayu akan bantu untuk kita buat sama-sama. Jalan seiring, bukan aku nak tarikkkk-tarik kau. Senang jer konsep bisnes dengan Kak Ayu.

Untuk bisnes Dexandra, masih berjalan seperti biasa. Itu tak perlukan effort yang besar, sebab pasaran perfume Dexandra ni dah kukuh. Walaupun sale tak macam dulu, namun Kak Ayu teruskan macam biasa. Team Oh Wanginya Dexandra pun masih ada yang aktif. Bila-bila masa nak beli produk Dexandra boleh contact kami. 


Okey, itu sajalah nak share di pagi Jumaat ni. Lama tak bercerita, sekali cerita haa, kebas jari ai menaip tau haha. Tolonglah doakan semoga Allah permudahkan Kak Ayu dalam bisnes Hai-O bersama STG ni. Tahun ni target dapat level Senior Sales Manager (bonus entitled 26%) pun dah okey. 26% bonus, dah banyak tuuuu :)

Till then, nak beli produk Hai-O, boleh contact Kak Ayu yer. Assalamualaikum & have a great weekend ahead. Yeay! I love weekend so much!

1 comment:

iam. fuzy said...

Mmg nak cari produk Hai-o, mmg x berapa tahu tp dah lama bertapak. Apa2 pun good luck Ayu..