Friday, February 8, 2019

Salam Jumaat



Your true success in life begins only when you make the commitment to become excellent at what you do.
¬ Bryan Tracy ¬

Salam Jumaat & have a great weekend ahead!

Love;
Ayu Rashid

Thursday, February 7, 2019

February 07, 2019

"Gubahan" Pokok Money Plant & Snake Plant

Biasanya kita akan letak pokok bunga dalam bekas berasingan bila buat deko kan? Apa kata kita cuba buat kelainan dengan meletakkan 2 pokok dalam 1 bekas atau bakul hiasan. Memang cantik!

Ni Kak Ayu letak sepasu money plant dan sepasu snake plant atau dengan nama yang lebih glam: Lidah Mak Mertua Kassim Selamat

Kita cuma perlukan bekas yang bersaiz besar yang muat untuk kita letak 2 pasu pokok berkenaan. Macam Kak Ayu, gunakan bakul dari Spotlight. Ngam-ngam nak isi 2 pasu pokok tu.

Cara dia senang jer. Kat dalam bakul Spotlight ni, Kak Ayu sumbat jer kain yang dah tak guna. Letak kain dalam plastik supaya bila kita siram atau spray pokok, takder la kain tu basah. Korang ambik jer la pakaian yang dah tak guna. Nak sumbat kain buruk pun boleh haha. 

Tujuan dia supaya 2 pasu pokok yang kita nak masukkan tu berada pada kedudukan yang sesuai untuk pokok tu duduk dan nampak cantik pokoknya. Kalau tak letak kain atau suratkhabar dalam bakul, sesilap nampak pucuk pokok jer haha. Jadi, be creative. gituh!





Begini yang kita nak. Cantik bila money plant berjurai-jurai daunnya. Snake plant pulak dok kat bahagian belakang. Perfect!







Nak berhias rumah tak memerlukan belanja yang besar. Hanya perlukan effort dan sedikit kreativiti. Try & errror sampailah dapat apa yang cantik di mata kita. Bila dah rasa boring, boleh tukar-tukar pulak. Pokok bunga dan dekorasi adalah terapi. Betul tak? 


Okeh, itu saja untuk harini. Nak buat blog client kejap. Penat balik dari kampung semalam tak hilang lagi. Tapi nak kena siapkan cepat sebab Sabtu Ahad nak mengemas dan spring cleaning rumah. InsyaAllah minggu depan mak Kak Ayu nak datang sini. Alhamdulillah, semoga masih diberikan kesempatan berbakti dan menumpang kasih seorang ibu. Pada usia 40 tahun, Allah masih pinjamkan seorang insan bergelar ibu. Walaupun mak dah semakin uzur, namun tak dapat nak bandingkan dengan apa jua sekalipun. Maka nikmat yang manakah lagi yang hendak kamu dustai?

Saturday, February 2, 2019