Makluman Terma Upah Buat Blog by Ayu Rashid Design

by - March 05, 2019

Alhamdulillah, sejak Kak Ayu buat servis buat blog, Kak Ayu dah dapat ramai client untuk buat blog. Dengan RM100, dah boleh dapat blog yang tinggal korang nak terus guna saja. Lepas Kak Ayu dah siapkan job dan handover pada client, jika nak edit tu, terpulanglah pada diri dan taste masing-masing. Boleh buat sendiri. 

Yang pasti, servis sebenar Kak Ayu berikan ialah buat template blog, bukan menulis di blog. Ini dikira dengan caj lain. Begitu juga dengan nak belajar buat entry, nak edit, nak itu, nak ini, semuanya bukan dalam job scope Kak Ayu dah. Matilanak semua nak kasik dengan caj RM100 saja tu haha. Tak berbaloi dengan masa, effort, data internet dan karen yang Kak Ayu perlu gunakan dan curahkan. 


+
Ini bukan masalah berkira tau. Sikit-sikit bolehlah Kak Ayu tolong. Namun, biarlah berpada-pada. Sebab bila buat bisnes servis sebegini, kena tegas sikitlah. Sebab Kak Ayu pun ada kerja lain nak buat. 

Sebab itulah, buat newbie blogger, Kak Ayu advise guna jer dulu template biasa yang blogger sediakan. Tak perlu nak guna template canggih yang selalunya kita ambik free jer kat internet. Bila version free ni, selalunya tak boleh nak edit sangat, dan tak mudah untuk edit. Ada yang sampai kena edit kat HTML code. Haaa, ini memang juling la mata nak membuatnya. Jadi, susah untuk kedua-dua belah pihak iaitu Kak Ayu as blog designer dan korang as blog user. Nanti kejap-kejap nak tanya dan mintak tolong edit, sedangkan tu dah lepas dari tugas Kak Ayu huhuhu.

Sebab tu lah, guna dulu yang basic, at least tau cara nak buat entry, nak edit template kasik ikut taste korang atau nak tukar-tukar bila dah boring. Bila dah rasa mahir yang ni, boleh tukar pada template lain yang ada kat internet. 

Kak Ayu dulu pun godek-godek sendiri jer, takder belajar formal pun. Sebab tulah, blogging ni trial & error saja. Tak susah pun, asalkan kita rajin cuba. Nanti lama-lama expert lah tu :)

Untuk upah buat blog RM100, Kak Ayu akan buat 2 entries sahaja iaitu:
  • About Me
  • Contact Me

Ini pun sebab nak tengok layout dalam post macam mana. Jadi kena ada at least 1 entry. Jadi, the rest, client dah boleh buat entry sendiri. Tak perlu la bagi berjela-jela info dan gambar untuk Kak Ayu update haha. Nak nanges rasa bila dapat macam ni. Sebelum ni, Kak Ayu buatlah jugak, tapi nampak gayanya, kena tegas sikit la hehe.

Unless, nak upah Kak Ayu menulis entry dengan caj per/post: minimum RM20. Jangan kata mahal, sebab itulah yang perlu Kak Ayu buat untuk menulis. Masa, memikir, carik gambar sesuai, edit-edit, edit lagi sampai sedap ayat dan cantik susunan, data internet dan karen. Semua kena kira sebagai kos. Semua tentang servis dan bisnes. 

Semoga penerangan ini memudahkan urusan pada masa akan datang. Again, tak timbul isu berkira atau kedekut ilmu tau. Jika sama-sama deal dengan T&C ni, kita boleh bekerjasama. Yang penting, perkara ini Kak Ayu jelaskan. 

Terima kasih pada clients yang sudi ambil servis dengan Ayu Rashid Design. Semoga korang gunakan blog yang Kak Ayu buat tu dengan baik dan mendatangkan hasil khususnya yang nak jadikan blog tu sebagai marketing channel. 

Harap maklum, dan boleh contact Kak Ayu: www.wasap.my/60199898341/UpahBlog/

You May Also Like

0 comments