Cara Membiakkan Pokok Money Plant

by - March 14, 2022

Bila tengok pokok money plant, Kak Ayu sentiasa ingat kenangan masa kerja UNISEL dulu. Kisahnya, kat tepi lobi UNISEL ada ditanam pokok money plant. Besar jugak area tu. Memang menjalar-jalar la pokok money plant. Lepas tu, suka nau ambik haha. Letak dalam bekas dan isi air, letak atas meja. 


Lepas tu eksen kat boss. Pokok cantik atas meja. Lepas tu pemalas nak tukar air, sekali ada jentik-jentik daaaa! Sib baik tak kantoi masa KKM datang check. Yang tak menahan tu, eksen kat boss. Bila boss cakap amboii kemahen menjalar lagi pokok. Tak lama pokok mati. Boss cakap tu la eksen sangat dengan saya haha. 


Well, korang yang dah lama kenal dan follow kak ayu mesti tau, kak ayu memang obses gila dengan pokok money plant. Tak tau dah berapa ratus pokok dibeli dan mati! Tapi ku gigih membeli lagi. Sekarang jer macam bertahan pokok. Sebab dah terer sikit jaga, ewah eksen lagi tu. Lepas tu menjawab lagi tu... saja gurau kan... ni mesti prof bubuh garam dalam air pokok ni. haha. 


Ini gambar money plant masa kak ayu kat Emira Residence dulu. Suka-suka hati kan, angkut masuk pokok yang tuan punya homestay letak kat luar rumah, letak dalam bilik. Tapi i baik, nak check-out tu tolong siram dulu, lepas tu letak semula atas beskal.


Okeh, cukup intro panjang dah. Ni kak ayu nak share dengan korang, cara nak biakkan pokok money plant. Senang jer. Kita guna teknik water propagation. Biakkan dalam air. Dah tumbuh akar, terpulanglah kita nak biarkan dalam air tu jer, atau nak tanam kat tanah. Money plant ni, dedua jenis medium dia boleh hidup. 


Ni pokok kak ayu dulu. Dah alang-alang beli pokok trailing macam ni punya panjang, tangan ni memang menggigil jer nak ambik gunting dan zasssss potong! Memang seriusly takleh tengok, geram haha. Jadik, meh potong sikitttt. Kita biakkan awok yer. Biar dapat jadi berpasu-pasu. 


Potong jer berapa keratan kita nak. 


Lepas tu, potong ikut nak panjang macam mana. Kak Ayu suka potong selai-selai, sebab nampak kemas jer. Tak kesah potong panjang mana pun, asalkan ada mata tunas akar at least 1. Mata tunas akar ni la wajib kena rendam dalam air. 


Sediakan bekas, isi air dan susun pokok dalam bekas tu. Nak isi air kendian pun boleh, ikut suka koranglah! Susun la cantik-cantik. Walaupun guna tipuware jer, susun daun tu tetap kena cantik. Boleh buat deko terus. Sekali-sekali letak pada tempat ada cahaya (indirect sun). 


Tips penting:
Gunakan air hujan, air bertapis, mineral water atau kalau nak guna air paip, gunakan air yang kita tadah dan biarkan semalaman dulu. Untuk 'buang' klorin dalam air. Dulu selalu failed buat water propagation sebab guna air paip. Manalah ku tahuuuuu. Patut la pokok reput batang dan akar. Eh, tapi ada jugak yg elok jer orang  guna air paip. Hmm rezeki masing-masing tu :)


Air kena kerap tukar, seeloknya 2 -3 hari hari sekali. 
Tujuan dia supaya pokok dapat air yang bersih dan segar dan kita taknak jadi penternak jentik-jentik yang berjaya ye! Jangan jadi macam orang yang diceritakan kat atas tu haha!



Deko time!



Dan, inilah antara koleksi money plant yang kak ayu potong dari induk, kemudian biakkan tru teknik water propagation. 

Letak atas lantai, nak dapatkan cahaya pagi. 



 Grow baby grow... gunting mana gunting haha





Okeh dah, sekian dulu. Till then, selamat mencuba biakkan pokok money plant dan selamat berhujung minggu!

You May Also Like

0 comments