Edit Blog dengan Mudah?

by - October 17, 2019

Bila buat design blog, Kak Ayu hanya ambik template FREE dari blogger masa mula create dan design blog. Lepas tu, Kak Ayu akan tukar kepada template FREE dari internet.

Biasanya Kak Ayu ambik template kat way2theme. Sebabnya ialah ni antara template free yang user-friendly. Senang Kak Ayu nak buat kerja haha dan paling penting sebenarnya supaya client boleh edit sendiri.

Tentang template blog, tak perlu pun design kebabom. Takyah nak ada lembaga terbanglah, katak lompat-lompatlah, suhaila balik rumah malam tahlil dok goyang kaki senang hati-lah, takyah beria nak letak itu-ini. Letak gadjet penting saja. Less is more.

Kesian sebenarnya kalau client dapat template canggih yang sampai tahap nak edit pun tak boleh. Nak carik Theme untuk edit pun takder. Kesian. Lepas tu kalau client contact tanya dan mintak edit, dah tak dilayan. Yelah, sebagai designer bila job dah selesai, kira selesailah. Tapi, kalau libatkan teknikal melampau, sampai tahap tak boleh nak edit, sangat kesian. Nak caj pun, caj jer lah. Tapi janganlah tak layan langsung.

Blog ni umpama deko rumah la. Kita akan rasa boring bila dengan deko yang sama. Sekali-sekala nak kena tukar layout dan template untuk dapatkan aura menulis. Sebab tu carik jer template yang ringkas, user friendly dan alah takyah la beria sangat.

After all, dalam blog pun... content is king!

Kalau nak template yang senang edit, ini dia designer korang patut pilih haha. Matik ler masuk bakul sendiri angkat maaa.

Nak tempah blog, boleh Whatsapp Kak Ayu.

You May Also Like

0 comments