Tuesday, October 1, 2019

Tips Konsisten Update Blog(s)

Kak Ayu share-kan post FB kak ayu tentang Tips untuk Konsisten Update blog(s). Antara cara yang boleh kita gunakan ialah buat Checklist! Som terus baca sini yer. 

Checklist Update Blog & Tema Entry

Lupa nak share pada yang pernah tanya. Macam mana Kak Ayu update beberapa blog (blog sendiri dan blog client). Sempat ke?

Okey. Kalau untuk blog client, kenalah disiplin update. Biasanya Kak Ayu buat draft & schedule post untuk blog client pada hari minggu.

Untuk blog sendiri, sekarang kak ayu ada 2 blog.
- Ayu Rashid Chasing Moment
- Ayu Rashid Design

Dulu, kak ayu gigih taip dan print checklist blog. Tapi, tahun ni malas pulak hehe. Jadi, ada bulan yang ada check list, ada bulan yang takder. Banyak yang takder dari ada. Siapa kata kak ayu ni rajin dan disipin, korang silap besar yer 😅

Macam bulan ni, rasa macam nak gigih pulak. Al-maklumlah, berbaki 3 bulan jer lagi untuk tahun 2019 ni. Nak capai wawasan 2020 kenalah mula dari 1 oktober 2019 kan.

Checklist Kak Ayu buat macam dalam 2 gambar kat bawah ni.
Tulis:
➡️ Day/Date
➡️ Nama Blog
Nama Blog:
➡️ ARCM = Ayu Rashid Chasing Moment
➡️ ARD = Ayu Rashid Design




Bila dah dah buat entry + publish, tanda jer () pada ruangan nama blog tu.

Jadi, nampak la setakat mana dan banyak mana post kita dah buat setiap hari, minggu dan total sebulan dah buat berapa post.

Biasanya, untuk blog Ayu Rashid Chasing Moment (ARCM), kak ayu update 5 hari seminggu (Isnin - Jumaat). 5 post seminggu dah memadai. Ini ada temanya. Senang sikit nak plan nak buat post tentang apa.

Kalau blog Ayu Rashid Design (ARD), kak ayu fokus untuk sharing dan bina personal branding untuk servis buat blog dan ghostwriter. Memadai 3 post seminggu jer. Matik ler mak kalau 5 post jugak seminggu haha. Dengan blog client lagi nak update. Kemurungan sis kang 

So, untuk korang yang nak lihat progress update blog macam mana, boleh lah cuba buat checklist. Ikut suka korang la nak guna version macam mana. Kak ayu suka tulis sendiri kat kertas macam ni, walaupun ada Planner sampai 2 jenis, nan ado gunanya. Tak suka guna Planner, serabut.

Tahun 2020 azam taknak beli Planner, membazir. Eh tetiba citer pasal planner. Okeh, selamat mencuba & happy blogging everyone!

1 comment:

Aiman said...

terima kasih atas tips. saya biasa tulis dalam notes di phone. senaraikan tajuk apa nak tulis. supaya tidak lupa.

followed here #270