Servis Menulis Blog dan Fanpage

by - November 13, 2019

Bila berbisnes online, boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang gunakan Facebook (samada personal wall dan/atau fanpage) untuk bina branding dan marketing. Oh ya, instagram pun ramai yang guna. Tapi, dalam entry kalini, Kak Ayu nak highlight-kan tentang penggunaan facebook sahaja. 


Bila kita gunakan facebook, perasan tak kita semakin terikat dengan rules dan alghorithm yang telah ditetapkan oleh Facebook. Contohnya ialah kos fb ads semakin naik, reach dan enggagement semakin rendah. Itu yang jadi kes kecewa sebab Like, Komen dan Share ciput jer. Itu belum kira lagi tentang content yang perlu kita sentiasa jaga. Aduih memang letih jugak sebenarnya. 



Memang tak dinafikan, bila gunakan facebook, memanglah cepat jer marketing kita tu boleh orang baca, tapi macam Kak Ayu sebut kat atas tadi tu la, bukan mudah nak dapat reach yang tinggi. Nak buat post viral kenalah tulis content yang bagus yang boleh viral. TAPI, tak best la kalau benda viral yang tak bermaruah atau ntah apa apa jer kan. At least, biarlah yang bermanfaat dan memberi impak positif kepada pembaca. 


Ramai lagi di kalangan orang bisnes tak gunakan BLOG sebagai salah satu channel marketing mereka. Ada  yang takder kemahiran, tak minat sebab gunakan blog kan lambat sikit dia punya tahap untuk popular tu, tak sempat nak update blog dan tak tau nak update apa kat blog.




Ha, kalau nak tau... apa yang korang tulis dan share di Facebook itulah yang boleh korang bawak ke blog untuk dijadikan entry blog. Ambik jer post-post lama tu, jadikan content di blog. Post-post baru pun, setiap kali kita post tentang produk, personal branding, testimoni dan info, bawak jer isi dalam blog.


Namun, olahan ayat dan cara penceritaan dalam blog adalah sedikit berbeza dengan di Facebook. Seeloknya, edit dulu supaya lebih panjang dan menarik. Sebab kan biasanya di Facebook kita menulis dengan lebih ringkas dan santai. Tapi, kalau kita rasa dah ok apa yang kita tulis di Facebook tu, tak edit pun tak apa dah. Copy paste sudah. Asalkan apa yang kita share tu sebaiknya adalah content dari tulisan kita sendiri atau yang HQ/stokis bagi. Janganlah manjang dok copy-paste orang lain punya jer. Nak tiruvasi boleh, tapi jangan amalkan copy paste, sebab ini melibatkan integriti.
Kalau tak tau sangat nk update blog macam mana, Kak Ayu tawarkan servis convert content dari Facebook ke Blog. Kadar caj berapa, itu kita boleh bincang kat SINI. 

You May Also Like

0 comments