Blog Sebagai Online Diari

by - February 14, 2020

Siapa sempat lalui zaman kegemilangan tulis diari? Ngaku cepat haha! Kak Ayu of course la pernah. Gigih tau. Siap beli pen kaler-kaler dan sticker untuk tampal. Tulis cantik-cantik (walaupun tulisan besar gedabak saiznya haha). Suka sangat tengok bila belek-belek tu. Rasanya rajin tulis diari tu masa Kak Ayu dah abes belajar kolej. Dah masuk MMU, terus tak tulis. Malas dan takder inspirasi dah nak menulis.


Zaman menulis diari di buku mungkin dah berlalu bila dunia online ambik alih sebahagian daripada lifestyle kita. Tapi, pasti ada lagi yang menulis diary. Sekarang macam-macam orang sebut, life journal lah... ikutlah sebut apa pun, yang penting menulis di kertas atau secara online ada kelebihan dan feel yang berbeza. Mana-mana saja cara yang kita selesa dan dapat rakamkan apa yang berlaku yang kita rasakan penting dan akan menjadi memori satu masa nanti samada untuk kenangan sendiri atau orang disayangi.


Blog boleh kita jadikan online diari. Lagi best sebab boleh letak gambar sebanyak mana kita nak letak dalam setiap entry. Bukankan a picture worth for a thousand words? Bagi yang jenis suka tengok gambar, snap gambar dan kumpul gambar memang sesuai sangatlah ada blog sebagai online diary. 


Date & Time kita boleh set-kan ikut pada yang kita nak. Contoh bila terlepas tarikh tu kita baru nak buat, just pilih jer la tarikh tu dan Set-kan saja. Jadi takder masalah terlepas masa. Labels (Categories) pun memudahkan capaian kita dan readers pada segment dalam blog. Contoh: Jalan-jalan, Hari Raya, Makan-makan, etc.


Jika taknak bagi Public atau nak pilih certain person saja baca boleh tak? Al-makumlah diari, kan. Segan la bagi orang tak berkenaan baca. Dan kalau boleh nak saya jer baca? Boleh. 


Ada 3 options Readers Blog yang kita boleh Setting iaitu:

  • Public
  • Invited Readers Only
  • Private


Untuk Invited Readers Only, kita boleh invite orang yang kita bagi kebenaran untuk dia baca blog kita. Caranya hanya hantar invitations melalui email address orang tersebut. Bila dia Accept the Invitations, dia dah boleh baca blog kita. Namun andai satu masa kita dah taknak bagi dia baca blog kita, kita boleh Remove email beliau dari senarai Invited Readers, so dia dah tak boleh baca.


Jadi, online diari di blog adalah pilihan yang kita ada untuk dijadikan sebagai pilihan untuk merakamkan kenangan kita di alam maya. Mungkin apa yang kita coretkan di blog pada masa ini tidak dirasakan penting, namun satu masa nanti ia akan menjadi sangat penting, lebih-lebih lagi bila ada di antara insan yang kita sayangi (atau kita sendiri) telah tiada lagi di dunia ini. 



Jika berminat nak ada online diari dengan blog, korang boleh contact Kak Ayu. Charge upah RM100 sahaja! KLIK SINI

You May Also Like

1 comments