11 Hari Lagi... Road to Ramadan Kareem

by - March 22, 2022

Lagi 11 hari ya kita nak sambut kedatangan bulan Ramadan Kareem. Ni anak-anak dah mula sekolah, makin cepat rasa masa berjalan. 10 harini, banyak benda nak kena buat dan setelkan (ikut priority). Mana tak berapa nak penting tu, tinggalkan dulu. Buat mana yang sempat. 


Disebabkan Kak Ayu ni jenis suka bertangguh, nak buat apa-apa tu plan dalam kepala otak, tapi nak buat dan execute tu yang suka tangguh. Nanti dulu la... kejap lagi la... esok laaa... eh, cuaca panas sangat ni pun jadi banyak kerja nak buat ditangguh dengan jayanya ya. Contohnya pokok bunga kat beranda tu. Bersepah-sepah tak tersusun elok.


Al-kesahnya punca nak balik kampung 2 minggu lepas tu la. Kemahen sebelum keluar rumah tu angkut dan susun pokok sampai ke tengah beranda. Konon nak bagi pokok seimbang dapat indirect bright light. Lagi pun masa tu selalu hujan. Baru lepas siram pokok petang sebelum nak bertolak tu dan hujan lebat giler. Main letak-letak jer pokok tu, especially money plant yang dalam pasu ada pole. Peace lily pun susun jugak atas lantai beranda.


Haaa, dah balik tu dari kampung tu, dah letih dan cuaca pun makin hari makin panas. Panas luarbiasa yer. Tak sanggup nak melayan pokok. Mana yang angkut letak atas lantai masa nak balik kampung tu, main letak dan tolak-tolak gitu jer pasunya letak tepi dinding. Susun atur dah berterabur dah.


Nak siram pokok pun malas haha. Tengok mana-mana yang dah layu, itulah yang disiram. Sampai ada pokok dalam air reput akar, sebab tak salin air. Maybe sebab terlebih baja pun ye, sebab nak elak nyamuk bertelur dalam tu, tu letak baja. Haaaa sekali reput akar dan batang terus. 


Tanam pokok ni pun rajin bermusim. Kalau time malas tu, takleh bawak bincang dia punya malas tu. Time rajin, daun selai-selai Kak Ayu lap :P


Panjang intro, padahal nak citer pasal planning nak buat sebelum Ramadan lagi 11 hari ni. Dia kalau citer pasal pokok, eksaited dia lain maciam hahhaa. Ni dok tunggu Amir siapkan para peneduh pokok nak letak kat luar rumah. Tunggu Nizam ambik para peneduh tu la baru kemas beranda tu. Buat sekali harung, pilih dan susun pokok nak letak kat beranda dan letak luar pagar kat para peneduh tu. Semoga tak semak dan serabut dah kat beranda. Adalah lagi ruang kosong untuk tambah pokok kat beranda tu haha.


Okey, malam tadi... Kak Ayu dah siap tulis plan To Do List apa nak buat dalam masa 10 hari ni. Kak Ayu jenis suka tulis To Do List. Nak bagi disiplin dan boleh tengok dan  check apa yang perlu dibuat dan apa dah berjaya buat dan juga apa yang hold dulu untuk dibuat kemudian hari. 


Maka, marilah kita sama-sama tengok dan tolong bagi sokongan kat Kak Ayu hahaa. Caiyokk Kak Ayu, bukan main banyak list ko nak buat dalam masa 10 hari. Kang sesilap Jumaat sebelum puasa tu Nizam ajak balik kampung, habes lari plan To Do List aku :P


Kak Ayu guna Bullet Journal
Best menulis dalam ni. 
Hariz kagum tengok lukisan dalam ni masa mama dia tengah menulis atau color dalam Bullet Journal ni.

Dia cakap:
"Wahh... mama lukis ke... hebatnya mama."

Dania tahu ni custom made punya, sebab Kak Ayu belikan dia jugak sebuah.
Dania cakap:
"Hebat la sangat mama tu, lukis orang lidi boleh laaa.''

Huk alohhh tak bagi peluang langsung mama nak meriak kat adik dia. 
Ye, memang tau lukis orang lidi jer. Jari takder seni melukis.
Haha. 




Ni dia count down to Ramadan Kareem.
Dan juga list apa nak buat dalam blogging, spring cleaning dan persediaan Ramadan.



Buat list macam ni senang nak tengok dan tanda apa dah buat.

Macam harini, dah siap 3 benda
Yang Kak Ayu highlight kaler pink tu.



Bersambung kat sini.
Macam banyak jer kan.
Mana sempat, buat. Tak sempat, biarkan jer.
Takder paksaan dan takder tekanan pun.
Cuma bila dapat siapkan sesatu task tu, rasa macam ada achievement gitu.

Oh, sekarang dah 2 minggu tak layan KDrama ye.
Dah stop hahaa.
Hari tu ada la tengok 1 episod citer Thirty Nine.
Pastu, malas lah tengok, dah la on going lagi.
Dan rasa, cukuplah dulu... fokus apa yang lagi penting.



Kak Ayu memang akan kemas rumah betul-betul macam nak raya sebelum bulan Ramadan datang. Sebab nak raikan kedatangan tamu mulia yang datang setahun sekali jer. Dulu tak tau. Bila baca Kitab Fadhilat Amal, ada satu bab tu ada bagitau tentang kemuliaan dan keutamaan bulan Ramadan. 

Di syurga pun para malaikat mendapat perintah Allah Taala untuk menghias syurga. Bayangkan, syurga yang dah memang sediada indah tu, Allah perintahkan diperindahkan lagi. Betapa besarnya dan mulianya bulan Ramadan. So, kita boleh bersihkan dan hias rumah kita dengan niat kerana Allah sebagai ibadah.Wallahua'lam.


Kan lain feel sambut dan menjalani ibadah pada bulan Ramadan dalam keadaan rumah, pakaian harian dan pakaian solat, sejadah dan sebagainya yang dalam keadaan bersih. Tak perlu pun beli benda baru. Cukup sekadar kita basuh (macam sejadah, bila agaknya last kita basuh?), bersihkan ruangan untuk solat, bersihkan sawang-sawang, lap habuk, bersihkan carpet, dsb.


Kalau selama ni kita tradisi membersihkan rumah untuk sambut Syawal, kita ubah sikit bersihkan dan perindahkan rumah untuk sambut Ramadan. Tak perlu berlebih-lebih, cukup sekadar rumah bersih dan wangi. 


Bercakap tentang wangikan rumah, dalam next entry Kak Ayu nak share dengan korang satu produk Fabric Freshener yang terbaru di pasaran yang wowww best giler untuk korang cuba. Haaa, saja nak bakooor korang dan bagi semangat untuk korang mengemas rumah sempena nak sambut Ramadan ni. 

Sis kasik teaser dulu yaaaaa :)

Scentcere Fabric Freshener

Next post akak share info dan buat review.
Tungguuuuuuuuu!

You May Also Like

0 comments