Biskut Raya Sedap 2022 dibuka untuk Tempahan
Hai korang.
Baru petang semalam sembang pasal persiapan nak sambut Ramadan. Harini kenalah sambung sembang lagi kan. Kita sembang pulak pasal biskut raya. Awal gitu, sebab biskut raya nak yang sedap dan home made kenalah tempah awal.
Tak kesah la, tahun ni kita dapat ke tidak merentas negeri/daerah/kampung/taman atau pintu rumah ke rumah untuk beraya, tapi dalam rumah tu at least 2,3 jenis biskut raya nak kenalah ada jugak. Biskut raya, kerepek, mini popia, mini karipap mesti nak kena ada.
Eh, macam banyak dah pulak hahaha. Okey, kita cukupkan 6 bekas set balang biskut raya nak kena isi. Barulah rasa #MeriahnyaRayaTakKenaKurungTahunNi - Yes, begitu tinggi harapan nak beraya tanpa kena kurung.
Ni haaa... cakap pasal biskut raya. Kawan Kak Ayu ada jual biskut raya home made tau. Diadun, dibuat dan dibakar dengan penuh kasih dan sayang gitu. Sebab tu dia buka tempahan awal sebelum puasa, dan seminggu sebelum raya tu dah tutup tempahan dan dia dah mula buat delivery.
Jom jamu mata dan telan ailio bersama-sama tengok 8 jenis biskut raya yang kawan Kak Ayu jual ni. Ya ampun, melting gila tengok. Semuanya nampak sedap dan harga dia pun sangat berpatutan. Kualiti premium ni. Kita pun tau, harga bahan-bahan cookies dan baking melambung-lambung naik harganya. Ni dalam masa terdekat, cerah masa depan akan ada kenaikan harga lagi. Telur pun dah mahal ya ampun, apetah lagi bahan-bahan cookies yang premium.
So, kalau kita rasa mahalnya dia jual, kenalah fikirkan jugak. Banyak tangible dan intagible cost yang dikeluarkan untuk hasilkan biskut raya yang sedap dan berkualiti. Lagi pun, ini biskut raya yang ekslusif. Tengok gambar pun dah tau, mesti tukang buat ni bukan calang-calang orang. Kalau dapat kat Kak Ayu buat biskut raya, biskut bertukar menjadi lempeng gamaknya :P
Marilah kita berkenalan dengan 8 koleksi biskut raya sedap dan premium ni.
0 comments