Bisnes Menggunakan Blog

by - March 15, 2022

Bila berbisnes menggunakan Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok, kita akan cepat reach pada user. Time depa tengah scroll the timeline, berkemungkinan besar apa yang kita share dan post akan melintas kat mereka. Pantas! Ini adalah feature yang seller suka. Semua nak cepat, kan?


Sebab itulah ramai yang telah 'berhijrah' dari blog ke Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok untuk bisnes. 


Begitu juga dengan berbisnes di Shopee & Lazada. Ini memang sedang trending la. Sedar tak sedar, duit kena sedut jer masuk dalam akaun Shopee. Hahaha, bahaya oiii layan Shopee ni. Love-Hate relation sangat hahaha. 


Tapi kan... Bisnes menggunakan blog masih tetap relevant. Selagi wujudnya google, selagi itulah orang bisnes boleh memanfaatkan blog untuk bisnes. Sayang jika tak gunakan free platform ini untuk bukak channel bisnes korang. Atau, dengan kata lain, bukak online shop korang.


Korang nak guna platform Blogger atau Wordpress, tu  terpulang pada keselesaan dan kemahiran korang untuk create blog dan menulis di situ. Macam Kak Ayu, Kak Ayu tak biasa dengan Wordpress. Nak belajar tu boleh, tapi dah tak berapa nak gigih. So, hadap jer lah guna blogger sampai ke sudah :P


P/S: Nak beli produk Eskayvie, cari i okeh :)


Macam Kak Ayu buat bisnes Eskayvie Nexus, baru harini Kak Ayu tahu bahawa company tak izinkan reseller dorang menjual di Shopee dan Lazada. Tak boleh ye. Hanya Exkayvie Nexus HQ sahaja boleh berbisnes di situ, untuk menunjukkan keberadaan produk dan syarikat di kedua-dua platform tersebut. 


Bukan apa, kat Shopee la tempat mudahnya berlaku isu main harga. So, company decide tak boleh meniaga di situ. Ada jer yang meniaga kat situ, melambak! Tapi, tu dah kira langgar peraturan syarikat. Syarikat akan terminate their membership. Tapi, kalau nak buat jugak tu terpulanglah. Kak Ayu memang tak reti niaga kat Shopee dan Lazada, so takder masalah kat situ. 


Fokus guna blog ajer la. Takpelah lambat pun. Kalau boleh nak bisnes yang long term. Nanti kat blog letak jer segala toknenek info kat situ. Jadikan sebagai pasif marketing channel. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takder, pun alhamdulillah. Tak mau ada sebarang tekanan. Bisnes is a journey not a marathon. Kak Ayu niaga ikut keselesaan Kak Ayu. Matik ler kalau leader i baca hahah. Tapi awal-awal sebelum join bisnes dan bagitau CikHas. Kak Ayu nak bisnes santai-santai jer. Gitu, anak buah yang bagi peraturan kat mak buah. Kau mampuuuu?


Tapi, bak kata kawan Kak Ayu.

Personal branding ko dah establish. Ko jual apa pun laku. Orang beli bukan sebab produk apa ko jual, tapi sebab ko yang menjual. Ah gitu. Kalau gitu aku nak jual tah* lembu buat baja lah. Agak-agak laku ke tidokkkk :P



Cukup sini dulu. Warm up blogging selepas seminggu bercuti. Alhamdulillah, tangki emosi sudah penuh after recharge. Sekarang sedang buat job menulis artikel untuk 2 client, 2 product review dan design blog. Ni nak sambung tulis artikel yang baru sekerat tulis petang semalam. Harap dapat publish terus jap lagi. 


Bulan puasa lagi beberapa belas hari. Harap dapat siap semuanya. Bulan puasa nak rehat dan update blog sendiri jer kalau berkesempatan. Sampai jumpa lagi. Jaga diri ya. 

You May Also Like

0 comments