Dermatis Cream Gatal dan Masalah Kulit

by - March 20, 2022

Dermatis Cream Gatal

''Dah Tak Gatal Lagi''

Dermatis Cream gatal berkesan untuk:
- Hilangkan gatal secara menyeluruh.
- Pudarkan kesan parut.
- Matikan kulat, kutu, hama dan bakteria.


Bahan:
100% herba dari bahan organik.
- Bahan tanpa steroid.


Keistimewaan Dermatis Cream:
- 100% sesuai untuk semua jenis kulit.
- Sesuai digunakan untuk kulit badan dan muka.
- Tekstur cream tidak berminyak 
Tekstur cream mudah meresap pada kulit.
- Selesa bila disapu kerana tidak rasa melekit pada kulit.
- Bau yang lembut.
- Produk muslim.
- Halal lagi suci.


Cara Penggunaan:
- Sebaiknya cuci bahagian kulit badan atau muka dengan Dermatis Soap terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk membersihkan kulit dari peluh, habuk dan kotoran yang melekat pada kulit. 

- Selepas cuci, lap bahagian yang ingin disapu Dermatis Cream menggunakan tuala atau kain yang bersih dan lembut. Lap dengan cara 'dap-dap' sahaja. Jangan tonyoh atau gosok kerana ia boleh menyebabkan mencederakan lagi keadaan kulit. Atau anda boleh halakan pada kipas bahagian kulit yang dibasuh tadi supaya ia mengering dengan angin kipas. 

- Gunakan jari yang bersih atau cotton bud untuk menyapu Dermatis Cream pada kulit. 

- Sapu secara nipis sahaja. 

- Biarkan cream meresap ke dalam kulit. 

- Gunakan 2 kali sehari. 



Ini ialah contoh penggunaan Dermatis Cream oleh anak Kak Ayu iaitu Hariz. 


Dermatis Cream ni dalam botol bulat comel macam ni. 
Mudah di bawa ke mana-mana.
Botol plastik, so kita tak risau kalau terjatuh nak pecah ke apa kan.
Botol dia pun berpenutup sangat rapat.
InsyaAllah, takder meleleh ke apa walaupun kita beli secara pos.
Ini pun secara pos jugak.
Pos dari Kedah 
All is well. Alhamdulillah


Ini dia tekstur dan isian Dermatis Cream dalam 1 botol kecik comel tadi.

Penuh dan padat isian dia tau.
Bukannya secoet jer isi dalam.
Memang Founder Dermatis Soap & Dermatis Cream ni jaga bisnes dan keberkatan bisnes dia.
Betul-betul dia isi penuh dalam ni. 

Semoga Allah memberkati dan asbab Dermatis Cream ni dapat bantu sesiapa saja yang hadapi masalah kulit untuk sembuh dari masalah kulit mereka, termasuklah Hariz, Aamiin Ya Mujib.




Try calit sikit kat tangan sebelum sapu pada Hariz:

Ni kira Kak Ayu ter-ambik banyak. 
Sebab first time try.
Eksaited terlebih gitu :P

Bila sapu Dermatis Cream ni, dia memang cepat meresap.
Bila dah meresap, takder rasa melekit dan tak berminyak.


Kan ada sesetengah cream gatal, bila kita sapu, lambat meresap.
Lepas tu, yang tak bestnya bila rasa melekit dan rasa ada benda tebal jer melekat kat kulit.
Sangat tak selesa. Rasa macam nak cuci semula jer.


Tapi, Dermatis Cream ni memang best. 
Sapu jer rata-rata kat kulit, ia akan meresap dalam kulit dan tak berminyak.


Korang jangan risau, walaupun Dermatis Cream ni berasaskan herba.
Tapi, dia takder la ada bau herba yang semerbak baunya sampai rasa macam eh, aku terlebih makan kari ke haha.


Bau dia sangat soft dan rasa selesa jer.
Bau dia kejap jer masa kita sapu tu.
Bila dah meresap dan kering kat kulit, dah takder bau dah.


So, anak-anak pun akan rasa selesa bila di sapu Dermatis Cream ni.
InsyaAllah.


Sapu nipis jer tau. 
So, jimat sangat la penggunaan Dermatis Cream ni. 




Ni lengan Hariz.
Pelipat lengan dia ada masalah Ekzema.

Musim panas ni, menjadi-jadi pulak. 
Sampai berdarah sikit dia garu.




Lepas cuci dengan Dermatis Soap.
Kak Ayu sapukan Dermatis Cream.
Ni masa dah sapu cream. 


Dia cakap pedih sikit.
Biasa la tu kan, sebab kulit dah luka sikit sebab dia garu tu.
Kejap jer pedihnya tu.
Bila cream dah meresap dalam kulit.
Takder rasa apa dah. 



Kena gunalah Dermatis Soup dan Dermatis Cream sampai kulit kembali pulih dari ekzema dia tu. Konsisten 2 kali sehari. 


Semoga asbab kedua-dua produk ni dapat bantu Hariz dan sesiapa saja yang alami masalah kulit. Semuanya dengan izin Allah jua yang Maha Menyembuhkan. Kita sebagai hambaNya perlu berusaha dan berikhtiar.




Buat korang yang nak cuba Dermatis Cream 

Boleh beli pembelian atau contact Admin:

You May Also Like

0 comments