Dermatis Soap dan Dermatis Cream - Sabun dan Cream Penawar Masalah Gatal Kulit yang Mujarab

by - March 18, 2022

Hi semua.

Nak tanya, ada tak di kalangan korang atau family yang alami masalah kulit seperti gatal, ruam, ekzema, jerawat badan dan sebagainya. Ada tak, ada tak?






Hmmm... Yang pernah alami jer yang boleh rasa camner seksanya kalau gatal-gatal badan asyik menggaru jer. Sampai berdarah pun boleh tak perasan dek syoknya menggaru bila time gatal takleh nak tahan tu. Sedar-sedar time basahkan badan atau mandi, aduhh pedihnya. Tu laa, menggaru tak beringat :P


So, harini Kak Ayu nak share dengan korang tentang produk untuk masalah kulit dalam bentuk sabun yang sangat mujarab dan berkesan (dengan izin Allah jua). Sabun ni memang dihasilkan khas dengan kandungan bahan-bahan yang dapat membantu meredakan masalah gatal kulit dan masalah-masalah  kulit yang biasa di hadapi oleh rakyat Malaysia, tak kiralah peringkat umur apa pun.


Lagi-lagi musim panas sekarang ni, yang ada masalah kulit macam ekzema dan ruam-ruam tu, lagilah terasa seksanya lahai. Sebab bila panas tu kan, biasanya akan berpeluh. Peluh tu boleh trigger kepada ruam dan bertambah melarat gatal kulit tu. Kesian sangat tegok kalau sampai merah merekah macam berdarah tu. Kalau baby atau budak, apalah depa nak buat kan, menangis dan merengek jer la tak tahan sangat sakit tu. Makan pun nak kena pantang jugak, supaya tak trigger lagi pada gatal dan allergic tu. 


Contohnya anak Kak Ayu sendiri, si Hariz.



Dari kecik dia alami mild ekzema. Dia kena mild ekzema tu kat bahagian pelipat lengan dan betis. Part lain, alhamdulillah takder. Syukurlah 2 bahagian ni jer. Kalau kena area leher atau muka, lagi kesian kan? Bila cuaca panas dan dia berpeluh, haaa mulalah akan mula naik ruam ekzema tu. Kak Ayu jenis tak beli cream bagai ni. Biasanya ia akan baik sendiri. 


Macam sekarang ni, dia selalu keluar main kat luar. Cuaca panas giler walaupun dah lepas asar. Mulalah kat pelipat lengan dia tu jadi tumbuh ekzema. Dia ada tunjuk. "Mama, tengok kulit Hariz jadi macam ni." Mama cakap, nanti mama belikan sabun dan cream untuk sapu. 


Alhamdulillah, akhirnya jumpa pun sabun yang boleh membantu mereda dan merawat ekzema. In fact, founder sabun ni pun bagitau Kak Ayu, anak beliau pun ada alami mild ekzema. Itulah antara sebab beliau membuat formulasi dan mencipta sabun ini, iaitu Dermatis Soap.

Dermatis Soap




Jom kita ketahui dulu info tentang Dermatis Soap.

Dermatis Soap ialah sabun ubat gatal kulit yang mujarab dan telah terbukti berkesan untuk meredakan masalah kulit seperti:

  • Ekzema
  • Scabies
  • Kudis-kudis buta
  • Kurap
  • Panau 
  • Kudis
  • Jerawat badan
  • Jerawat muka
  • Kulit alergik
  • Ruam
  • Gatal
  • Kulit gatal celah paha dan kehitaman
  • Masalah kelumumur menebal di kepala



Oh ye, selain Dermatis Soap, kita juga boleh gunakan Dermatis Cream untuk meningkatkan lagi keberkesanan produk. Gunakan Dermatis Soap dan Dermatis Cream untuk hasil yang lebih cepat dan maksimum.

Dermatis Cream



Dermatis Cream:
  • Redakan gatal secara menyeluruh
  • Pudarkan kesan parut
  • Matikan kulat, kutu, hama dan bakteria
  • Bahan tanpa steroid


Korang tak perlu risau untuk gunakan Dermatis Soap dan Dermatis Cream ni, kerana:
  • 100% herba dari bahan organik
  • pH sesuai untuk semua jenis kulit (badan dan muka)
  • Produk Muslim
  • Halal lagi suci

Dermatis Soap dan Dermatis Cream adalah selamat digunakan oleh kanak-kanak sehingga dewasa. Gunakan tanpa was-was. 





Hariz pun sedang gunakan sabun dan cream Dermatis ni. Nanti Kak Ayu akan buat review secara detail. Kita tengok beberapa hari lagi macam mana. 


Kak Ayu memang suggest la korang yang ada masalah kulit untuk guna Dermatis Soap dan Dermatis Cream. Atau boleh cuba salah satu dulu. Contohnya try sabun dulu. Kalau ada bajet atau rasa perlu guna kedua-duanya serentak, boleh beli dedua terus. 


Harga mampu milik, jangan risau.

Berat sabun: 100 g

1 kotak sabun = RM39
1 cream = RM16


Untuk belian secara pakej pun boleh. 



Dalam entry akan datang, Kak Ayu akan share lagi tentang produk Dermatis Soap dan Dermatis Cream. Bukan apa, kalau tulis semua sekali harung kat sini, macam banyak sangat pulak info nak kena hadam sekaligus kan. So, stay tune... post ini akan bersambung lagi dalam beberapa siri. 



Kalau korang nak tau info lebih lanjut atau nak beli dengan cepat, korang boleh terus klik kat link di bawah ni. Kak Ayu sertakan dulu sesiap ya.


On Pay:

Shopee:


Nak terus berhubung dengan Admin dengan lebih cepat lagi, korang terus Whatsapp ya.




Okey, nanti Kak Ayu akan share lagi kat sini. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. 

You May Also Like

0 comments