I'm Back with Eskayvie Business!

by - March 02, 2022

Assalamualaikum.

Lama tak bersiaran dan menulis macam dulu-dulu, kan?
Bila tengok pageview, wahhh... masih boleh tahan.
Terima kasih pada yang masih 'cuba nasib' masuk blog ni.
Rindu nak baca celoteh Kak Ayu ke?
Hehe... feeling sangat kan. 
Takper nak feeling pun, asal tak kacau hidup orang lain sudah.

Harini dah pun masuk 2 Mac 2022.
Rasa cepat masa berlalu.
Rasa macam baru jer sambut tahun baru 2022.
Rasa macam baru jer sambut besday awal tahun tu.
Semuanya baru.

Dan ada lagi yang terbaru.
Yang baru jer berlaku malam tadi pukul 10.45 pm gitu.
Kak Ayu dah jadi reseller Eskayvie Nexus.
Gitu! Tiber sangat buat bisnes haha.



Alaaa... produk yang Pak Nil jadi duta tu!

Killer produk untuk Eskayvie Nexus ialah Diffenze.
Vitamin C.

Ada 2 jenis Diffenze ni:
  • Diffenze 
  • Diffenze Junior

Ada few lagi produk lain, termasuk kopi. 
Tapi Diffenze & Diffenze Jr la yang paling meletops.
Maklumlah, musim Covid-19 kan
Ramai yang carik supplements berasaskan Vitamin C.

Ikutkan, dah setahun lebih Kak Ayu tak join apa-apa bisnes.
Last join bisnes Harum Raudah.
September 2020 kalau tak silap.
Itu pun, sekejap jer. Pastu stop.
Ikutkan ada jer sale walaupun masa tu baru join.
Tapi, rasa tak berkenan dengan jiwa pulak haha.

Lepas pada tu, sampailah 28 Februari 2022.
Tak join apa-apa bisnes.
Nak rehat pun yer, malas pun yer.
Dan tahun 2021 adalah tahun ber-hibernasi.
Tahun penuh dugaan dan cabaran.

So, Kak Ayu tak join apa-apa bisnes.
Hanya fokus pada servis menulis dan buat blog.
Servis menulis pun banyak Kak Ayu tolak.
Ada yang customer dah buat payment.
Kak Ayu refund semula sebab tak mampu nak fokus.
Tahun lepas memang tahun bermalas-malasan :P

Ikutkan tahun ni nak lagi bermalas-malasan haha.
Tapi, rasa macam tepu pulak tak buat apa sangat.
Sampai sakit kepala layan K-Drama tau wakaka.

Itu yang bila mintak izin dan bagitau suami nak bisnes.
Mula tu dia cakap:
"Tak payah  la pening kepala bisnes, pening kepala layan Korea sudah la."

Sabooo jer la jawapan dia hahahaa.

Tu kalau Kak Ayu tak tengok tv.
Dia akan tanya anak:
"Ayra, mama dah tak layan Korea ke?"

Bila Kak Ayu layan Korea macam ni pulak dia tanya anak:
"Ayra, mama memang macam tu jer ke, layan Korea jerr."

Hahaha. Menganjeng sangat tau!

Iya, Kak Ayu kalau layan Kdrama
Sampai sakit kepala
Ye la, kau dok marathon tengok tv kan.
Duduk atas sofa, pastu baring.
Mau tak sakit kepala. 
Takder penyakit cari penyakit. 


Ini, dah join bisnes, kena pandailah bahagikan masa.
Tapi, InsyaAllah boleh jer kot.
Sebab order produk pun guna online.
Kak Ayu tak ambik stok sendiri lagi.
Tak boleh nak COD bagai kan.
Lagi pun, i tak suka jumpa orang haha.
Nak 99.99% online tru pos saja.

Soon, tak tau la.
Pelan-pelan kayuh.
Step by step.
Tak mau tergopoh-gapah kejar sale.
Kak Ayu dengan cara Kak Ayu.
Ikut keselesaan Kak Ayu.

Sejenis tak suka kena push ni, kena gini la.
Kang kalau asyik kena push.
Elok-elok aku nak bisnes, aku stop terus.

Ini bukan isu ego atau tak dengar kata.
Tapi, bila dah makin berusia ni.
Tak mau benda yang boleh kasik serabut kepala.

Kak Ayu nak bisnes santai-santai jer.
Family & aktiviti harian kat rumah adalah priority.
Blogging, menulis dan buat blog tetap keutamaan.
Lagi pun, dah ada client tetap.

Suami dah bagi elaun bulanan.
Kak Ayu pun dah ada sikit income dari servis menulis.
Bulan ni pun mula job baru, InsyaAllah.

Bisnes Eskayvie ni sebagai topup.
Maklumlah, kaki shopee kan haha
Mama, dan 3 anak kaki shopee yeeee.
Maka, kalau nak berboros do shopee.
Kak Ayu kena ada source income lain.
Barulah seronok nak berjinba cuci mata kat shopee.
Beli pokok ajer pun dah berapa tiap-tiap bulan.
Haa, gitu.

Dan, Kak Ayu nak sibukkan diri.
Buat benda baru, belajar benda baru.

Jadi, platform bisnes yang Kak Ayu nampak masa ni.
Ialah Eskayvie Nexus.

Produk pun tak banyak.
Boleh fokus kat Diffenze pun ok sangat dah.
Dah berumur ni lagi satu masalah lagi.
Masalah malas nak study pasal produk hahaa
Haaa, bagitau jujur ni.

Bila ada 1 produk atau beberapa jer.
Boleh fokus study tang tu jerrrr.
Tak larat dohhh nak hafal dan ingat banyak benda.
Haha, matikler nak niaga tapi level malas tu gitu sekali.

But again.
Apa yang penting, jiwa tenang.

Leader yang Kak Ayu pilih pun Cik Has.
Client blog Kak Ayu.
Kak Ayu dah bagitau CikHas awal-awal.
Kak Ayu bisnes santai-santai jer.

Kalau ikutkan ada jer leader lain.
Yang Kak Ayu kenal dan boleh pilih.
Memang letopsss la team dia.
Tapi, Kak Ayu lebih pilih keselesaan Kak Ayu.

Orang kata nak bisnes kena keluar dari zon selesa.
Tapi pada Kak Ayu, lain!
Tak guna income besar tapi jiwa serabut.
Kena push, kena monitor social media kita.
Me don't like la gitu.
Rasa macam stuck dan takleh berkarya dah.

Apa pun.
Setiap orang ada matlamat dan cara masing-masing.
Ikut keselesaan.

After all.
Walaupun bisnes sistem macam ni perlukan:
Leader, HQ, team...
Tapi... kita sendiri yang perlu berikan komitment 1000%

Ikut jalan yang kita selesa.
Dan... berbisneslah berpandukan hukum Allah.
Jaga aurat, jaga batas dan jujur.

Sikit atau banyak. 
Syukuri. Itu rezeki dari Allah.

Dan...
Dulu bisnes adalah antara passion Kak Ayu.
Bila dah stop bisnes, rasa stop growing.
Bisnes ni bukan sekadar bisnes.
Tapi Kak Ayu cuba bangkit semula
Kak Ayu pernah jadi somebody dulu.
Dan, inilah masanya untuk Kak Ayu bina diri sendiri.
Ke arah versi yang lebih baik.




Doakan Kak Ayu yer.
Semoga bisnes ini adalah bisnes yang Allah berkati.
Dunia dan akhirat.

Life is short. Too short!
Kak Ayu nak tuai saham dunia dan akhirat.
Melalui penulisan dan bisnes. 

Till then.
Kalau nak beli produk Eskayvie, boleh contact Kak Ayu.
Nak join team Kak Ayu?
InsyaAllah boleh... tapi tunggu Kak Ayu ready dulu.
Bagi Kak Ayu  masa study pasal sistem dan kumpul info dulu.
Pelan-pelan kayuh.
Belajar buat sale sendiri dulu.
Baru bina team. 

Lagi pun, dah nak Ramadan ni.
Kak Ayu nak fokus pada bulan mulia ni dulu.
Bisnes sentiasa ada.
Tapi bulan Ramadan hanya setahun sekali jer.
Andainya ini Ramadan terakhir buat Kak Ayu.
Kak Ayu harap inilah bekalan terbaik Kak Ayu akan bawa ke sana.

So, sehingga lepas raya.
Kak Ayu tak open for team lagi.
Hanya fokus buat personal sale sahaja.

Harap maklum & sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum & jaga diri baik-baik ya. 

Love;
Ayu Rashid
Eskayvie by Ayu Rashid
Ayu Rashid Design 

You May Also Like

0 comments