Jom Kemas dan Wangikan Rumah dengan Scentcere Fabric Freshener

by - March 25, 2022

Minggu ni, minggu busy sangat. Dalam proses siapkan blogpost dan artikel untuk client blog (upah menulis). Setakat harini, tinggal lagi 5 post untuk siapkan. InsyaAllah, sempat siap sebelum 1 Ramadan nanti. Bulan Ramadan nak rehat dari blogging. 


Harini, nak dapat kemas rumah sikit-sikit. Buat apa yang patut dulu. Sebab setiap hari Jumaat, Kak Ayu akan kemas rumah. Ni memang dah jadi rutin. Kak Ayu suka rumah yang bersih dan kemas pada hari Jumaat. So bila hari minggu tu, tak kesah la duduk rumah ajer atau balik kampung, rumah kena sentiasa bersih, kemas dan wangi. 



Ntah, rasa macam damai jer kalau rumah bersih dan wangi. Tak dapat pergi bercuti lepak homestay, kita buat rumah kita ala-ala homestay gitu. Especially bilik, Kak Ayu akan pastikan ketiga-tiga bilik bersih dan kemas. Seminggu sekali mesti tukar cadar dan quilt cover. Selimut pun mesti berbasuh. Habuk kena lap. Kalau letak pokok hidup pun, nak kena tukar dengan pokok lain. Sekarang musim suka hias rumah dengan artificial plants. So lagi nak kena jaga sebab mudah berhabuk. 


Bercakap pasal wangikan rumah, Kak Ayu nak share dengan korang fabric freshener yang sangat best! Haaa makin bersemangat Kak Ayu nak kemas rumah dan wangikan rumah menjelang Ramadan ni. Hari-hari dok spray sejak kemaruk guna fabric freshener ni. 


Ini dia... Scentcere Fabric Freshener keluaran Decoreca Design

Scentcere Fabric Freshener 
Keluaran Decoreca Design

Keistimewaan Scentcere ni ialah:
Anti bacterial
Deodorizing
Softening
Refreshing
Cleaning

Scentcere sesuai digunakan untuk:
Fabric Sofa
Pillows
Curtains
Carpet/Rug
Upholstery
Bedding


Cara Penggunaan:
Spray dalam anggaran 20cm daripada objek/fabrik yang kita nak spray.
Biarkan objek/fabrik kering selepas spray.
Dan... nikmati haruman Scentcere yang sangat menyegarkan!


Ada 4 jenis pilihan bau Scentcere:
1) Vanilla
2) Sakura
3) Strawberry
4) Honey dew



Yang Kak Ayu guna ni bau Sakura. Bau dia sangat refreshing. Bila spray sekali jer, bau dia memang semerbak. Sana-sini Kak Ayu spray haha. Lagi-lagi kalau lepas masak, memang Kak Ayu akan spray. 

Lepas spray tu, kita boleh bau dalam rumah atau ruangan yang kita spray tu bau wangi yang segar. Memang puas hati guna Sakura Scentere dari Decoreca Design ni. 



Nak tengok Kak Ayu selalu spray kat mana? 
Meh kita tengok versi bergambar :P
Baru puas hati kan. 

Ni memang saja nak racun korang.
Haha, Kak Ayu kan kalu bab meracun ni sangat expert.
Ala, benda best mestilah kena share.
Meh la wangikan dan segarkan rumah bersama-sama.
Menjelang Ramadan ni, kita wangikan rumah

Okey, selamat melayan gambar-gambar ya.



Packaging dia sangat cantik dan ekslusif.
Nampak mewah gitu. Buat deko pun boleh.
Love sangat!




Ni spray kat alas side table ya.
Bukan spray kat pokok idop tu. 




Ni spray kat langsir tingkap dekat tangga




Langsir... wajib kena spray
Bunga tu pun Kak Ayu spray jugak tau :P
Berbau sakura bunga hydrangea dan paku-pakis ai.




Sofa dan throw pillow.
Sofa ialah hot seat kat rumah kitorang. 
So, kena sentiasa bersih dan wangi. 




Haaa, ni lain dari lain sikit ya.
Kat 'haiwan ternakan' pun Kak Ayu spray haha
Sib baik haku tak spray kat 4 ekor si bulus tu :P

Antara haiwan ternakan dalam rumah ni.
Baby shark doo dooo dooo doooo si Ayra punya.



Ya. Spiderman si Ayra punya ni pakai baju uols.
Dia bela 2 ekor. 
Meh sini mama spray kasik wangi semerbak.




Bantal, quilt cover, cadar pun spray!
Kata nak buat rumah ala-ala homestay kan.
Wangi dan segar tu satu kemestian ya.




Sofa dalam bilik. 
Inilah feveret place Kak Ayu dalam rumah ni.
Tempat baca kitab/quran/buku/layan hp
Sambil minum CEO coffee gitu.
Tempat me time Kak Ayu.
Sangat mendamaikan dan Kak Ayu memang sentiasa pastikan bilik bersih, kemas, wangi dan selesa.




Spray jangan tak spray!




Artificial plant. So kita spray dia jugak!




Kat langsir tidak dilupakan.




Beralih ke bilik lain pulak:








Bila rumah kau berbunga sana-sini dan sinun ya :P




Oh ya, kat langsir dari ruang tamu menghala ke dapur pun Kak Ayu spray.
Laluan ke dapur tu memang Kak Ayu pasang langsir.
Sebab kalau pasang ekon, nak bagi rumah sejuk.
Langsir tu memang mudah lekat bau bila masak.
Sebelum guna Scentcere Fabric Freshener ni pun
Kak Ayu akan spray dengan fabric freshener lain.
Dah memang suka rumah wangi kan.



Ini dia info isian dan harga:

Isian 1 botol: 
300 ml 

Sekarang ni sedang berlangsung harga promosi tau.
RM59.90 
dan FREE Shipping!


Okey, kalau korang nak try Scentcere Fabric Freshener ni.
Korang boleh terus contact:

Whatsapp: Scentcere HQ
Facebook: Scencere HQ
Instagram: Scencere.HQ


Kalau korang nak mintak Kak Ayu tolong orderkan boleh.
Sebab Kak Ayu kenal Admin Scentcere HQ ni.


Just whatsapp Kak Ayu. 
Dengan sangat berbesar hati sudi membantu korang.
Yang penting, meh la kita wangikan rumah sempena Ramadan ni.
Dengan Scentcere Freshener.
Semoga kita kemas-kemas rumah, wangi-wangikan rumah.
Ada pahala disisiNya.


Okey, itu ajer untuk harini.
Selamat berhujung minggu.
Jaga diri baik-baik. 
Assalamualaikum. 

You May Also Like

0 comments