Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie - Ybhg. Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

by - March 07, 2022

LATAR BELAKANG

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie 

Ybhg. Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri 


Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan insan hebat di sebalik penghasilan pelbagai produk berkualiti tinggi keluaran Eskayvie.


Anak tempatan berjiwa besar ini menggunakan kepakarannya selama lebih 20 tahun di dalam bidang perubatan moden, alernatif, anti penuaan di dalam memformulasikan produk-produk terbaik Eskayvie.


Berbekalkan pengalaman luas di dalam bidang perubatan sepanjang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kangar, Perlis, Dr. Syid Ayob Mustafa Al-Qudri turut terlibat secara terus dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk produk Eskayvie.


Selaku graduan  Vrije Universiti Brussels, Belgium dalam bidang perubatan, beliau merasakan satu tanggungjawab besar untuk berkongsi kebaikan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat melalui ilmu diperolehi. Ia bukan satu tugas mudah kerana tahap kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan masih sangat rendah sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM2 billion bagi menyediakan keperluan kesihatan rakyat Malaysia.


Sering menekankan tentang pentingnya amalan Gaya Hidup Sihat, tidak hairanlah usaha Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri selama ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak apabila sering diundang untuk menjayakan pelbagai rancangan televisyen bagi menyampaikan pelbagai informasi kesihatan dan kecantikan. 


Di antaranya termasuklah Majalah 3, Bincang Petang, Wanita Hari Ini, Agro Jurnal, Nasi Lemak Kopi O, Bisnes Hari INi, Money Tree, Medik TV dan Selamat Pagi Malaysia. Beliau juga merupakan kolumnis tetap untuk pelbagai media cetak antara lain termasuklah Mingguan Wanita, Harmoni, Maskulin dan Nona.


Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut menjadi pakar rujuk untuk penyebar luasan serta pembudayaan inovasi nilai-nilai kesihatan dan kecantikan kepada masyarakat. Dengan tercetusnya idea mewujudkan komuniti sihat di FB Grup: Hidup Bahagia Tanpa Diabetes, beliau banyak berkongsi tips dan panduan kesihatan terutamanya mengenai amalan gaya hidup sihat agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.


Harapan besar agar usaha ini dapat menghasilkan lapisan masyarakat yang lebih peka terhadap penjagaan kesihatan yang lebih berinformatif. 

You May Also Like

0 comments