Review Dermatis Soap dan Dermatis Cream

by - March 22, 2022

Kita dah sampai part last Kak Ayu nak share dan buat review tentang Dermatis Soup dan Dermatis Cream. 

Hariz pun dah guna kedua-dua produk ni beberapa hari. So far, alhamdulillah...nampak ada progress yang agak baik. Semuanya adalah proses penyembuhan. Kena sabar dan guna dengan konsisten. 


Takderlah guna sekali dua terus baik. Ye lah, masalah kulit dia tu dari dia kecik kan. Walaupun tak teruk, just on-off ajer... tapi sikit sebanyak tu mengganggu dia jugak la. Macam Kak Ayu cakap dalam previous entry la, bila musim panas, memang akan trigger semula dia punya masalah ekzema tu. 



InsyaAllah, dengan adanya Dermatis Soup dan Dermatis Cream ni, memang kena konsisten gunakan 2 kali sehari. Kalau ada produk tapi guna tak konsisten dan tak ikut aturan, manakan menjadi, kannn. Maka, sebagai ibu, Kak Ayu yang kena ingatkan dia dan bantu dia gunakan Dermatis Soup dan Dermatis Cream ni. 


Kak Ayu share dalam bentuk gambar dan captions ya. 

Ni packaging Dermatis Soup bahagian depan
Tertulis kat situ, berat sabun ialah 100 g. 



Packaging bahagian belakang.
Info tentang produk.
Cara penggunaan kita boleh refer kat sini. 



Inilah dia Dermatis Soup.
Warna dia jernih jer. 
Saiz dia macam ni.
100 g, besar jugak dan berbaloi dengan harganya.
Tak mahal ye, sebab jimat sangat guna sabun ni.



Begini cara nak guna dengan jimat dan berhemah.
Boleh potong 4.
Kalau potong 6 pun boleh. Tapi alah comel sangat pulak kan.
Potong 4 is just nice, senang nak guna.

Yang tak guna lagi tu, balut semula dengan plastik dia tu.
Masukkan dalam kotak packaging dia tadi.
Lepas tu simpan kat tempat yang tak kena air dan tak terdedah pada cahaya matahari dan haba.
Kita nak elakkan dari sabun ni cair atau rosak kerana air, cahaya matahari dan haba.

Yang nak guna kita dah kerat tu.
Kita masukkan dalam bekas kecik.
Bekas tu seeloknya bekas yang takder lubang dan ada penutup.
Sebab sabun ni mudah cair.
Bila kita letak dalam bekas berlubang, sayang pulak kalau sabun tu mencair dan meleleh keluar.
Letak dalam bekas tak berlubang, nanti yang cair tu kita still boleh guna.
Seeloknya, jangan biarkan ada air terlampau banyak melekat kat sabun sebelum kita simpan.
Kita taknak sabun mencair.

Lepas tu tutuplah bekas sabun tu untuk elakkan habuk atau kotoran yang mungkin mengandungi bakteria dan kuman daripada melekat masuk kat sabun kita tu. Kang dah bercampur dengan unsur lain atau bakteria, tak berkesan dah atau rosak pulak struktur sabun Dermatis Soup kita tu. 


Begitu panjang penerangan hahaa.
Jangan skip baca tau. Ni tips penjimatan Kak Ayu bagi.
Tips mahal ni hehe. 



Tengok lengan anak bujang Kak Ayu & Nizam ni.
Dari kecik masalah ekzema kat pelipat lengan.
Dari zaman baby kulit putih melepak sampai dah malap nau warna kulit sekarang haha.

Nak jadi pemain bola katanya. 
Petang-petang dah riuh main bola dengan kawan setaman dia ni.
Ghisauuu mama kang pokok bunga mama yang jadi korban kena tandukan bola depa tu ha.




Zoom in sikit.
Masalah kulit kering pun ya.
Biasa la, budak lelaki mana nak pakai lotion ke apa.

Nampak kan luka berdarah tu. 
Kesan garu la tuuu.



Ni masa sabunkan dengan Dermatis Soup.



Dah lap, then sapu Dermatis Cream.



Maka, Kak Ayu pun lantik dia jadi model muslimin untuk produk Dermatis Soap dan Dermatis Cream untuk sesi review.

First day sebelum gi sekolah agama semalam.

Semoga masalah ekzema dia ni dapat dirawat dan dicegah daripada terus merebak. Ni dah mula sekolah pagi dan petang, lagilah nak kena jaga. Kesianlah kalau anak atau sesiapa saja ada masalah kulit. Boleh mengganggu urusan harian sebab akan ada rasa tak selesa dan sakit tu. 


Kita berusaha, dan Allah jualah yang Maha Menyembuhkan. Kita beriktiarlah dengan produk yang dibuat khusus untuk masalah-masalah kulit. Lagi-lagi produk daripada bumiputera muslim, kita boleh gunakan tanpa was-was. Kandungan bahan-bahan terbaik dan terbukti dapat membantu mengatasi masalah kulit untuk kanak-kanak sehinggalah orang dewasa dan warga emas. Boleh guna seisi keluarga, sangat jimat. 


Nak cuba atau nak dapatkan maklumat lanjut, boleh terus contact Admin produk Dermatis Soup dan Dermatis Cream



On Pay:

https://rezkiaariz.onpay.my/order/form/sabun-scabies


Shopee:

Dermatis Soap Shopee 


Whatsapp:

Dermatis Soap Whatsapp



Kak Ayu secara ikhlas dan personally rekemen produk Dermatis Soup dan Dermatis Cream. Harga dia pun sangat berpatutan. Penggunaan dia sangat jimat. Keberkesanannya bergantung pada jenis masalah kulit yang dihadapi oleh setiap individu. Sebab masalah kulit dan keadaan seseorang berbeza-beza. That's why kita kena cuba dulu. Gunakan secara konsisten. InsyaAllah, semoga masalah kulit yang dihadapi dapat disembuhkan dengan izin Allah asbab menggunakan Dermatis Soup dan Dermatis Cream. 


Selamat mencuba dan jika nak tanya Kak Ayu secara personally pun boleh jer. Wasap jer. Ni Kak Ayu tolong sebagai pengguna dan kawan dan juga nak bantu sesama kita umat Islam berbisnes dan menggunakan produk.


Kak Ayu masih guna no sama cuma tukar Telco je.

019 - 989 8341

You May Also Like

0 comments