Y.Bhg. Puan Kartika Wati Mohamed - Pengarah Urusan Eskayvie

by - March 08, 2022

 Kenali Latarbelakang

Y.Bhg. Puan Kartika Wati Mohamed

Pengarah Urusan Eskayvie

Lebih 9 tahun di pasaran, nama Eskayvie kini sering menjadi sebutan masyarakat di mana saja berada. Inilah hasil usaha gigih Puan Kartika Wati yang sering menjadi contoh terbaik dan menjadi pilihan untuk berada di ‘hot seat’ bagi program anjuran Richworks, penganjur seminar Perniagaan dan Pemasaran terbesar di Malaysia.

 

Memulakan kariernya sebagai seorang peguam sehingga memiliki 3 buah firma guaman, penubuhan Eskayvie pada tahun 2009 menjadi titik perubahan besar dengan pertambahan portfolio baru beliau di dalam bidang kesihatan dan kecantikan.

 

Berbekalkan pengalaman lebih 24 tahun dalam bidang perniagaan, Puan Kartika Wati Mohamed membawa bersama hala tuju, pengalaman dan pemikiran yang dinamik di dalam membangunkan Eskayvie secara keseluruhannya.

 

Eskayvie dibangunkan dengan kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk dikongsi dengan masyarakat. Melalui minat yang mendalam dan keazaman yang kuat, beliau tekad memastikan produk yang dihasilkan dikenali umum dengan adanya proses pembangunan ilmu melalui kaedah penyelidikan dan pembangunan yang bertaraf dunia.

 

Ia satu tugas yang menuntut Wanita gigih ini merancang dan melaksanakan strategi terbaik bagi mengembangkan perniagaan beliau. Tiada istilah rehat di dalam hidupnya, beliau sentiasa memberikan komitmen yang padu serta menambah nilai potensi diri melalui aktiviti keilmuan agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi pemasaran terkini.

 

Bersesuaian dengan kepantasan perkembangan dunia digital, beliau sering menjadi yang pertama dan lebih terkehadapan di dalam setiap perkara.

 

Selaku Pengarah Urusan Eskayvie, kebijaksanaan beliau telah membawa kepada perkembangan Eksyvie ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga menggondol anugerah Brand Experience of the Year di Inner Circle Summit, Bangkok 2017. Best Integrated Marketing Arward dan The Great Titanium Award di Inner Circle Summit, Langkawi 2018. 


Ketiga-tiga anugerah anjuran Richworks International ini membuktikan bahawa jenama Eskayvie sangat diyakini dan dipercayai oleh masyarakat. Maka selayaknya, Eskayvie dikenali sebagai satu jenama yang kukuh dan menjadi pilihan No. 1 pengguna di Malaysia.


You May Also Like

0 comments