Blog Bisnes vs Blog Personal

by - April 26, 2022

Assalamualaikum

Blog ni dah jadi caca-marba. Dah tak ikut niche dah :P

Ikut suka nak tulis apa, dan ikut mood.

Rasa nak menulis pun dah tak comfortable macam dulu-dulu.

Sejak social media ni dah jadi macam-macam medan.

Dah tak seronok dan takder freedom untuk menulis.

Kadang apa kita tulis orang salah erti.

Lagi-lagi kalau yang tetiba baru kenal social media.

Baru kenal dunia cyber.

Dia punya kemaruk dan jakun tu lain macam.

Dia tak reti nak nilai dengan baik dah.


Orang guna social untuk bisnes ni tak sama 

Dengan orang guna social media semata untuk bersosial.

Dan juga guna social media untuk jadi penyiasat tak bertauliah.

Lain... lain sangat.


Kak Ayu memang dari duluuuuu lagi.

Memang matlamat guna social media untuk cari rezeki.

Sejak self-employed 2011 gitu.

Kalau nak kata guna social media untuk bersosial

Dah lama dah deactivate semua account social media dan blog

Blog mungkin masih aktif.

Cuma untuk menulis  untuk sendiri tulis, sendiri baca.

Atau just invite individu tertentu sahaja baca.


Dah berumur macam ni lagi la

Takder maknanya dah nak bersosial bagai.

Cukuplah jaga circle yang ada dan setia ni elok-elok.

Demi kesejahteraan mental dan rohani.

Tak mau dah dikenali. 

Wah, bila masa ntah aku dikenali.

Astaga, feeling... macam mintak lempang diri sendiri jer haha!


Tapi apakan daya.

Social media ni lah cara untuk cari rezeki.

Takkan nak zikir kat rumah tiba-tiba ada orang nak upah blog

Tiba-tiba orang nak beli produk Kak Ayu jual.

Kannn... tinggi sangat makrifat kau tu Kakyu haha.


Sebab tu la, kena jugak blogging.

Since FB pun dah kena mula all over again.

Kak Ayu nak fokus kat  blog.





Jadi...

Dok fikir la dalam sehari dua ni

Sama laju dengan fikir nak masak menu apa berbuka & sahur haha.

Kak Ayu akan gunakan 3 blog untuk servis menulis dan blog:

  1. www.ayurashid.com
  2. http://ayurashid-design.blogspot.com
  3. http://servisdesignblog.blogspot.com


Hah! 3 blog kauuu.

Haha... nanti content sama jer

Taip... then copy paste.

Benda mudah boleh copy paste, buat apa nak susah buat lain-lain

Ni target nak naik kat Google Search & SEO jer.

1 entry buat untuk 3 blog terus.

Bijaksana dan bijaksini tak sis :P

Ni kekdah orang pemalas sebenornya haha.

Ahh, belasah jer lah... asalkan peluang job masuk lagi tinggi.

Zaman now ni takleh dok sesaja sangat

Tahun depan dijangka ekonomi lagi teruk.

Nak taknak, kenalah sediakan banyak payung.


Blog untuk sembang-sembang dan membebel tu

Kak Ayu akan guna blog lain.

Jadi, kita jumpa kat situ ya.


Kalau rasa datang nak baca untuk jadikan bahan membawang

Silakan. 

Bawang mahal sekarang haha

Kalau rasa nak dapat manfaat.

Lagi laa dipersilakan.

Kalau rasa nak santai-santai membaca.

Silakan juga.



Kak Ayu ni suka menulis.

Menulis adalah terapi untuk Kak Ayu.

Ini juga bakat yang Allah kurniakan.

Kak Ayu takder tiru siapa-siapa.

Dan Kak Ayu bukan menulis untuk menagih simpati :P

Kak Ayu menulis sebab Kak Ayu suka menulis.

Suka sharing.

Suka kalau orang baca tu dapat manfaat.

Mana baik, jadikan pengajaran.

Mana tak baik tu, jadikan teladan.

Segala yang baik tu pastinya dari Allah.

Dan mana yang tak baik tu, pastinya dari Kak Ayu.


I write to heal.

Dan juga untuk stimulate my brain.

Kasik dia aktif sikit berfikir sambil jari bergerak.

Supaya skill penulisan tak tumpul.

Dan Kak Ayu menulis untuk Personal Branding.

Bukan suka-suka nak jaja cerita ke apa.

Bukan nak show-off or meriak ke apa.

Apolah sis nak show-off, bukan orang ado-ado pun.

Rumah pun duduk menyewa lagi.

Kalau pasal pokok tu, kenalah share

Sebab tu pun part of my personal branding.

''Tengok pokok hijau, ingat Kak Ayu''

Selalu dapat wasap or comment camni.

Terima kasih mengingati sis

Kan lebih dikasihiku lagi kalau pos pokok tu untuk sis.

Haha... 


Dah, fokus...fokus!

Sambung...


Kak Ayu menulis juga bukan nak buang masa.

Menulis adalah salah satu sumber rezeki dari Allah untuk Kak Ayu

Jadi, nak tak nak, Kak Ayu kena menulis.


Dan paling utama.

Kak Ayu nak menulis untuk jadikan ladang pahala.

Yang semoga akan terus mengalir pahalanya.

Walaupun Kak Ayu dah takder kat dunia ni nanti.

Sebab tu kat blog tu nanti

Kak Ayu tulis yang murni-murni saja tau.

Walaupun hakikatnya Kak Ayu ni tak berapa nak murni.


Yang penting penulisan tu murni.

Dan tak kacau kesejahteraan orang lain.

Menulis SS kekdahnya.

Asal aku bahagia, sudeh.


Jadi.

Kenalah kembali aktif menulis macam dulu.

Doakan Kak Ayu istiqamah.

Bukan boleh harap sangat Kak Ayu ni haha.

Selalunya suam-suam hujung kuku je :P


Okey, so nanti kat blog ni just untuk promote servis Kak Ayu sahaja.

Untuk lain-lain tu... kita jumpa kat blog lagi satu.


Bak kata kawan Kak Ayu.

''Mentang-mentang tauke blog, sana-sini blog kau"


Hahaha. tauke terus dia kasik. 

Kalau tauke, sis hari-hari pegi SpaQ tau

Buat rambut kepak-kepak-kebomm-kebommm :P


Okey, tu jer.

Nak tulis artikel blog client pulak. 

Kang abes idea kat sini ajer.


Sampai jumpa lagi di blog lagi satuuuuu.

Assalamualaikum.


P/S: 

Dah 24 Ramadan. Isi masa sebaiknya untuk ibadah dan sentiasa baca zikir khas Ramadan. Semoga Allah ampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Semoga Ramadan ini adalah titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. Selain mengingati kematian, bulan Ramadan adalah tarbiah yang  terbaik untuk kita. Jangan biarkan Ramadan pergi dengan sia-sia, kerana mungkin ini adalah Ramadan terakhir buat kita. 


You May Also Like

0 comments