Doa Khatam Al-Quran

by - April 21, 2022

 Assalamualaikum.

Rasa macam baru jer update blog ucap selamat sambut Ramadan. Harini bila berkesempatan nak update blog, terus cerita pasal khatam Al-Quran. Maksudnya, kita ni dah pun berada dekat hujung-hujung Ramadan dah. Atau dengan lebih tepat lagi, dah sampai ke malam-malam 10 terakhir Ramadan. 


Rasa sayu jer hati.


Kalau zaman budak-budak dulu, lagi nak abes Ramadan, lagi la suka. Sebab tak sabor nak sambut raya. Tapi, seiring usia ni... rasa tu dah bertukar pulak. Apa pun, kita masih berkesempatan lagi manfaatkan peluang yang masih tersisa ni. Gunakan dengan sebaiknya. Gandakan amalan dan ibadah. Ibadah khusus dan ibadah sunat. 


Pulun dan kaut mana yang boleh buat. Kena tamak buat amalan bulan Ramadan ni. Sebab kita tak tau, mungkin inilah Ramadan terakhir buat kita. Pada Kak Ayu yang tak berapa nak gigih ibadah ni, Kak Ayu kena set dalam kepala otak: "Inilah Ramadan terakhir aku, jadi aku kena manfaatkan sebaiknya." 


Okey ni disebabkan ni just quick update, sebab jap lagi nak turun masak pulak. Ni sesambil jer update blog bila siap tulis 1 artikel untuk blog client. So, Kak Ayu ambik peluang ni untuk share dengan korang tentang Doa Khatam Al-Quran.


Kat belakang Al-Quran kita tu kan biasanya ada doa khatam Al-Quran. Dalam bahasa arab dan juga terjemahan sekali. Kita pun dah biasa dengar nasyid doa khatam Al-Quran. Best alunan dia. Bila baca terjemahan Doa Khatam Al-Quran tu, Ya Allah... rasa macam syahdu dan damainya hati. Semuanya  mencakupi dalam doa tu. 


Kalau Kak Ayu yang so-so jer bab agama ni kan (mengaku tau hahah), kadang-kadang dok doa benda yang sama jer. Bak kata orang  kalau dalam menulis tu, asyik dok tulis ulang ayat sama jer. Dah tepu sebab asyik dok baca/tulis benda yang kita dah hafal dan jadi rutin. Tapi, bila baca terjemahan Doa Khatam Al-Quran tu... baca dengan sepenuh hati... lagi-lagi bila tiap-tiap kali kita lepas baca Al-Quran tu, just baca jer. Kita akan rasa.... kenalah baca sendiri baru korang akan tau, sebab benda-benda gini ni atas diri masing-masing kan.



Kak Ayu jadikan rutin baca doa khatam Al-Quran ni. Ntah, rasa macam bahagia dan damainya hati. Dan betapa kita perlukan syafaat Al-Quran dalam kehidupan kita.


Ni kak ayu just share jer tau. Bukan nak tunjuk macam bagus ke apa. Bila rasa nak share tu, just share jer. Manalah tau bermanfaat. Okey, nanti korang try la baca tau.


Okey itu je lah nak tulis. Kelam-kabut rasanya haha. Dah nak turun masak. Assalamualaikum :)

You May Also Like

0 comments