Thursday, September 1, 2016

Review The Pines Hotel Melaka| Swimming Pool

Hotel ni ada 2 jenis pool
Iaitu outdoor dan juga luar bilik
Luar bilik ni ala-ala private pool, tapi takder la private pun
Ko lompat jer keluar dari beranda bilik, dah masuk pool
Takyah berangan nak seksi-seksi
Hhahaha... ni konsep kalau malas nak jaga anak, senang
Duduk jer kat beranda, buleh pantau anak
Rasa nak mandi jugak, terjun tiruk jer terus.

Kitorang tak dapat bilik ada pool ni
Dah booking lambat

Maka, bersyukurlah dengan pool outdoor
Itu pun, Hariz & Dania dah macam itik air dah

Malam mula-mula tu, kami turun lawat kawasan dulu
Boleh tahan besar, simple dan cantik

Esoknya, lepas breakfast, apa lagi
Terjun tiruk la depa 3 beranak.

Pool bahagian kanak-kanak boleh tak pakai swimming suit
So, takyah risau yer.

Comel jer.
Mandi dulu sket yer, buang habuk-habuks kat badan
Tapi saya tengok takder pun orang mandi dulu ahahaha.
Jadi tempat bilas tu yer.



Swimming pool ni kat Level 7.



Ni jer playground yang ada. Dalam air takder apa-apa yer. Air semata hehhe.




Saya suka rumput tiruan ni.
Sejuk mata mandang, rasa nak golek-golek jer atas tu baca buku



Tempat duduk-duduks, tak banyak sangat, boley laaa



Pool bawah bumbung, untuk dewasa
Boleh mandi-manda sampai 9pm yer.


View antara pool dewasa bawah bumbung tadi dan belah kiri tu untuk kanak-kanak.



Belah kanan dekat hujung tangga tu pun pool dewasa jugak.
So ada 2 pool dewasa kat sini. Cuma yang sana tu kecik sket



Tetiber nizam ada 3 anak. 
Budak cina tu, nampak jer saya nak snap gambar, cecepat dia pergi nak posing sama hahaha.
Jenuh mak dia panggil, dia buat derk jer hahha



Nak sangat bergambar, nah pakcik nizam dukung terus haha
Dah anak-anak sendiri pulak muka dah macam merajuk hihi
Kebetulan pulak muka budak berdua tu camtu, kelakar tengok.



View, sungai yang Melaka River Cruise dok lalu-lalang




Tempat ambik towel dan ruang duduk-duduks




Ni la view bilik yang ada pool.
Nampak tak yang belah kiri tepi bangunan tu.
Itu la poolnya, comel jer.



Best sebab nyaman jer walaupun masa budak-budak mandi dah kul 1 tengahari.
Hari Sabtu tak ramai lagi orang check-in, masa ni tinggal dorang 3 beranak jer dok mandi.
Jakun nau hahahaha



Big mama dia malas mandi kolam, dia duduk-duduk jer cuci mata sambil baca buku.
Lunjur kaki dengan penuh kemalasan.
Takyah pikir pasal nak masak, nak kemas rumah, nak bagi kucing makan, nak siram pokok.
Cuma kalau dah otak bisnes, ehh mesti terpikir jugak
Mana tak pikirnya, kalau ada jer order dan org wa tanya pasal perfume De'Xandra
Alhamdulillah. Semua tu rezeki, bila-bila dan kat mana-mana pun DIA buleh kasik.

Masa ni, buku rekod bisnes pun tak bawak, konon nak bebetul rehat
Haa, sekali ko banyak order masuk
Menggagau tulis kat kertas notes hotel hahahha.




Ni pulak mandi sesi petang Sabtu. Papa dorang dah boring menunggu tu hahaha.
Kalini, saya pun terjun tiruk la sekali. Tu pun jenuh nizam dan anak-anak ajak mandi sama
Yelah, Big Mama mencemar duli, tapi kejap jer yer.



Mereka happy, papa mama pun happy!


So, daripada review saya.
Swimming pool The Pines Hotel best, bersih dan senang nak pantau anak.
Sesuai nak bawak family bercuti.

InsyaAllah, ada rezeki kita cuba bilik ada pool
Haaa... mandi la pepuas korang 2 beradik.
Mama senang nak bergoleks jer atas katil hehehe.


Sekian laporan saya. 

Tuesday, August 30, 2016

Review The Pines Hotel Melaka | Bilik

The Pines Hotel Melaka ni baru setahun sebulan umur dia
Baby sangat lagi, sebab tu bersih dan ID pun latest
Memang cantik, bersih dan staf pun mesra


Anggaplah ni review bergambar yer
Saya tunjuk gambar dulu, pastu bila ada kesempatan
Saya akan buat review mengenai hotel ni
Sebab bila nak pilih hotel, kita teruja nak tengok hotelnya dulu

Saya takder snap view hotel dari luar
So. ambik dari Google Image jer

Image result for the pines hotel melaka



Laluan ke lift
Rasanya hotel ni gunakan orang lidi sebagai trademark dorang
Sign-sign gunakan gambar orang lidi. Kiut jer




Kami dapat bilik kat Tingkat 23.




Saya pun dah lupa bilik jenis apa ni
Since booking lagi 2 minggu sebelum pergi
Dah banyak bilik sold out
Nak yang ada pool tepi pun tak dapat
Nak katil king pun tak dapat.
Yang dapat, cuma 2 katil super single

Boleh tahan besar bila nizam rapatkan
Pastu sofa bed pun ada, so takat 6 orang tu boleh sangat
Tapi, kami berlonggok berhimpit atas katil 2 tu jugak
Nizam pun taknak tidur atas sofa bed hahaha
Haa, gasak la 4 beranak atas 2 katil tu.

So, kita tengok view bilik The Pines Hotel Melaka
Yang kitorang stay 3D2N 2 minggu lepas


 ID ni la yang buatkan i terus nak booking hotel ni hahaha
Cantiknya lahai.










 Dah siap snap gambar, terus nizam alihkan side table tengah tu
Rapatkan katil hahaha
Cuma kitorang ni baik, nak check-out tu letak balik macam sedia
Kesian housekeeping, jenuh dorang nak tarik semula kan.















 View bilik sungai apa ntah, yang Melaka River Cruise dok lalu-lalang
Hotel ni memang dekat giler dengan Melaka River Cruise.
Ada shuttle untuk ke situ bagi hotel guest






 Bilik air hotel ni memang terbaik!
Bersih giler. Suka sangat. Maklumlah hotel baru kan.







Nak jugak tu snap banyak-banyak palang kayu ni
I likeee... ni yang jadikan bilik hotel ni lawa sangat pada mata saya











 View waktu malam dari tirai kamar.. gitew!




Deko yang simple, modern dan selesa


Masa check-in saya request extra bed
Kene tambah RM50
Pastu staf kaunter tu cakap, naik tengok bilik dulu
Sebab biasanya kalau berempat memadai dah apa yang ada
Tak perlu tambah bed.

Memang betul, cukup sangat dah.
Jimat duit haku RM50

Cuma kitorang tambah untuk breakfast untuk dania
Hariz tak perlu bayar kot
Pakej saya ambik ni 3D2N with breakfast for 2 adults

Bersambung next entry.
Kita layan gambar-gambar kat swimming pool
Daaaaa



Monday, August 29, 2016

Dah Nak Raya Haji




Lebih kurang 2 minggu jer lagi dah nak cuti sekolah
Bersekali dengan Raya Haji
Macam tak best pulak cuti bersekali ni haha
Sebab rugi cuti la kan, ahaks!

Raya Haji kali ni, turn kat Keratong pulak
Gitu la keadilan giliran raya perlu ditegakkan ;P
Kalau boleh raya mestilah nak umah mak sendiri kan
Nak buat caner, redha jer la huhuu

Mungkin balik sana 2,3 hari jer kot
Walaupun cuti sekolah, malas lelama
Ikut hati, raya kedua nak ke JB
Lama dah tak ke sana.


InsyaAllah Nek Jah nak datang Semenyih 
Tak tau lagi plan macam mana

Bila sebut pasal raya.
Terbayang dah tapai pulut dan ketupat palas
Nyumssss... sedapnya lahai

Cuci mata, tapai dan ketupat palas masa raya puasa kat Besut
Masa ni Hariz gigih menyebuk sama membungkus
Sudahnya, menimbun daun janamm janammm dia guna
Nek Jah redha jer la, kalau zaman aku dulu dah kene cubit dah haha







Okey, tu jer nak membebel pagi ni
Tadika Pasti cuti peristiwa apa ntah hari ni
So, ada la partner in crime hari ni

Jumpa lagi, bye!

Friday, August 26, 2016

11th Anniversary & Family Short Gateway

Lama dah rasanya kitorang sekeluarga tak jalan-jalan
Kalau jalan pun, balik kg jer la
Sejak setahun lepas, bila Nek Jah dah kurang sihat
Cuti sekolah jer, kitorang akan balik Besut
Even nak pergi umah kakak kat JB pun tak dah
Tak sampai hati, sebab rasa perlu luangkan masa dengan Nek Jah
Kalau kami tak balik pun, Nek Jah datang sini

Dari cuti sekolah bulan 12 tahun lepas lagi
Nizam ajak gi memana tempat yang ada swimming pool
Masa tu, survey kat Besut atau KT
Nak bawak  Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni sekali
Tapi, Nek Jah taknak pegi, susah katanya
Dengan keadaan dia macam tu

Masa Nek Jah datang Semenyih sebelum puasa lepas pun ajak jugak
Nak ajak gi PD jer pun, Nek Jah taknak jugak
Ala, orang tua kan... mana minat benda camni
Lagipun, dia mesti taknak anak menantu membazir

Pejam celik pejam celik
Dah Ogos 2016 dah, our 11th anniversary month
Pastu, ada rezeki Allah bagi, saya ajak nizam gi jejalan
Dia kata, saya belanja hotel, dia belanja lain-lainnya
Amboiii. Bijak laki aku
Tapi dia cakap, ala hotel berapa sangat
Belanja lain-lain tu lagi banyak daripada bayar hotel
Yer jugak tu. Tol, minyak, makan-minum.
Hariz dengan nak itu ini lagi
Memang cerah masa depan, duit nizam kuor lagi banyak
So, okey, Nizam cakap survey la hotel kat PD atau Melaka
Kalau boleh nak swimming pool dalam bilik
AMBOIII... mentang-mentang bini yang nak belanja kan

Bukan apa, budak-budak berdua ni suka main air
Kalau boleh nak berendam jer dalam air
Mak bapak pulak jenis suka terbungkang atas katil
Kalau boleh nak golek-golek like a starfish
Tengok tv, layan internet, baca buku/magazine dan membuta
Kalau boleh, taknak kuar bilik. Makan pun nak dalam bilik
Sebab kitorang suka berkurung, tak suka jalan-jalan. Penat!
Lagi la saya tengah kurang kuat ni
Cuaca pun panas, hmmmm memang tak la nak merayap ajer

Haaaa... itu memang konsep percutian idaman kami yer.

Tapi, dah ada anak, luperkan jerlah
Banyak masa nak kena hadap kat swimming pool ajer
Tu yang nizam suh try booking hotel ada swimming pool.

Mula-mula saya survey Hibiscus dan Grand Lexis PD
Both dah sold out!
Lambat sangat booking.
Eh, takder la lambat sangat, lagi 2 minggu lebih masa tu
Booking.com, Agoda, Trivago semua sold out

Pastu, saya google hotel kat melaka pulak
Nak jugak melaka tu hahahhaha

Saya google cari hotel yang ada swimming pool dalam bilik
Sekali jumpa orang buat review pasal The Pines Hotel Melaka
Tapi pool ni bukan bebetul dalam bilik & private macam Hibiscus & Grand Lexis
No pool dia kat tepi jer beranda jer. Not private
Takyah feeling nak romantik-romantik dalam tu
Orang leh nampak ahahaha
Eh, macam aku suka mandi kolam pun hihi.

Tapi, bilik yang ada pool tepi tu pun dah sold out
Demi nak ke Melaka jugak, dan malas dah survey
Saya pilih jugak The Pines Hotel Melaka ni

Booking tru www.booking.com for 3D2N (19 - 21 Ogos 2016)
Senang jer guna Booking.com ni.
Boleh guna debit or credit card
Saya guna debit card.
Payment semua masa check-out nanti.
Maksudnya tak perlu bayar booking fees
Cancellation 3 days before booking date, tak kene charge
So, takyah risau jika dalam 3 hari before check-in tu uols nak cancel
Manalah tau tetiber ada hal.
Tapi jika selepas 3 hari tu, kena la charge. Lupa berapa
Semua ada tulis TNC kat website Booking.com

Nanti saya buat review pasal The Pines Hotel Melaka
Kot la uols nak pergi bercuti ke Melaka nanti


TEASER: 
Gambar bilik yang buatkan saya teruja nak stay kat THe Pines. 
Lawa wehhh ID dia!
Masa ni dah lupa dah pasal nak pool dalam atau pinggir bilik hahahha.



Ni baru transfer gambar. Dah nak seminggu balik
Punyalah malas nak transfer gambar. Dari bulan Mei tak transfer
Okey, will share later. Jumpa lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...